• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Pemandu Bas Dikesan Positif Dadah

oleh Mohd Arshad
21/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
14 Pemandu Bas Dikesan Positif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 14 pemandu bas dikesan positif dadah hasil pemeriksaan dalam Ops Khas Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di seluruh negara sehingga Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, pemandu terbabit dikesan mengambil bahan terlarang termasuk syabu, methamphetamine dan ganja hasil pemeriksaan dilakukan di terminal-terminal bas seluruh negara dalam tempoh 21 hari ops tersebut.

Menurutnya, susulan itu, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.

“Tindakan menggantung lesen terhadap pemandu berkenaan akan diambil bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjut diperoleh daripada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Ops Motosikal, Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Perdagangan di Gambang di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin.

Lokman berkata, menerusi ops khas yang dilaksanakan dalam tempoh 1 hingga 21 Februari (Rabu), pihak JPJ telah melakukan 21,705 pemeriksaan ke atas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) termasuk bas di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan tersebut, 1,181 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 32 KPA disita.”

“Daripada jumlah notis dikeluarkan ke atas KPA, 266 kes melibatkan teknikal, tiada lesen vokasional (126 kes), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (99 kes), tiada lesen memandu (91 kes), tiada insurans (61 kes) dan lain-lain kesalahan (460 kes),” jelasnya.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut mengeluarkan 78 notis saman melibatkan kesalahan utama termasuk potong barisan, potong garisan berkembar, langar lampu isyarat merah, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan memandu di lorong kanan secara berterusan.

Pihaknya turut mendapati tiada kes pengusaha pengangkutan awam menaikkan tambang dalam tempoh tersebut.

Sementara itu katanya, Ops Khas Fasa 2 diteruskan pelaksanaannya pada Rabu meliputi pemeriksaan ke atas pelbagai jenis kenderaan bagi memastikan pematuhan peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.

“Pemeriksaan ke atas KPA juga dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam ke arah peningkatan keselamatan, kualiti dan kebolehharapan kepada pengguna.

“JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” tegasnya.

Tambah beliau, tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna.

SinarHarian-

Tags: pemandu baspositif dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Dan Dua Anak Ditemukan Mati Tergantung Pada Kipas

Next Post

Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Ketika Jaga Bapa Sakit Di HRPB

Related Posts

Enam Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Sungai Golok Positif Dadah

Enam Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Sungai Golok Positif Dadah

03/11/2024
0

Kota Bharu : Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita yang ditahan di selatan Thailand pada Jumaat lalu didapati...

Mangsa Maut Dipukul Positif Dadah – Polis

Mangsa Maut Dipukul Positif Dadah – Polis

23/02/2024
0

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa yang dipukul sehingga maut semasa kemalangan di Taman Pelangi Dua, Kajang...

Next Post
14 Pemandu Bas Dikesan Positif Dadah

Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Ketika Jaga Bapa Sakit Di HRPB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd