• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlepas Sabitan Membunuh, Dihantar Ke Hospital Mental

oleh Mohd Arshad
09/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Terlepas Sabitan Membunuh, Dihantar Ke Hospital Mental
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengawal peribadi terlepas hukuman gantung atas sabitan kesalahan membunuh tiga individu termasuk majikannya dekat Jambatan Pulau Pinang pada 2016, susulan Mahkamah Rayuan mengarahkannya dihantar ke hospital mental.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah and Datuk S M Komathy Suppiah, membuat keputusan itu selepas membebaskan Ja’afar Halid, 45, atas pertuduhan berkenaan kerana tidak waras dan tidak tahu perbuatannya itu menyalahi undang-undang.

Berdasarkan alasan penghakiman dimuat naik dalam sistem pengurusan kehakiman bertarikh hari ini, mahkamah itu berkata, Ja’afar selaku perayu berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa dirinya tidak waras ketika kejadian sebagaimana diperuntuk Seksyen 84 Kanun Keseksaan di mana ia tidak terjumlah kesalahan jenayah.

“Menggunakan Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), mahkamah melepas dan membebaskan perayu kerana melakukan kesalahan semasa hilang akal.

“Selanjutnya menggunakan Seksyen 348 KPJ, mahkamah memerintahkan perayu dihantar ke Hospital Mental di Perak atau Johor mengikut kesesuaian.

“Mahkamah akan menyediakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi perkenan di bawah Seksyen 348(2) KPJ.

“Rayuan terhadap sabitan dan hukuman dibenarkan, maka keputusan Mahkamah Tinggi atas sabitan dan hukuman diketepikan,” katanya.

Pada 16 Disember 2020, Ja’afar dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh majikan dan dua individu.

Tertuduh, Ja’afar Halid, dihukum gantung selepas didapati bersalah membunuh majikannya yang juga ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwong, 32, dan dua individu lagi iaitu penghibur, Choi Hoi Ming, 32, dan penjual bunga, Senthil Murugiah, 38.

Lelaki berkenaan disabitkan dengan pembunuhan itu dengan menembak menggunakan senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Dia turut dipenjara 15 tahun kerana cuba membunuh lima individu lain iaitu Lee Hong Boon, 59; Nurul Huda Ab Aziz, 42; Puah Bee Joo, 36; Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 32; dan K Arivarni, 37.

Semua kesalahan berkenaan dilakukan di Jambatan Pulau Pinang arah selatan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, antara jam 7.15 hingga 7.30 malam pada 1 Disember 2016.

Mahkamah Rayuan berkata, tindakan lelaki terbabit ketika kejadian jelas menunjukkannya hilang akal dan tidak tahu apa yang dilakukan.

“Pembelaan perayu bahawa dirinya hilang akal akibat pengambilan dadah jenis methamphetamine dan mengalami halusinasi suara serta lembaga yang menyebabkan tindakan agresif tanpa sedar disokong oleh laporan perubatan.

“Pembelaan perayu menunjukkan dia tiada niat untuk membunuh tiga mangsa dan cuba membunuh lima mangsa,” katanya.

BHonline-

Tags: hospital mentalsabitan membunuhtidak waras
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Beranak Tercampak, Motosikal Dirempuh Bas

Next Post

Siasat Dakwaan Rasuah RM1 Bilion PN Untuk Jatuhkan Kerajaan

Related Posts

No Content Available
Next Post
Terlepas Sabitan Membunuh, Dihantar Ke Hospital Mental

Siasat Dakwaan Rasuah RM1 Bilion PN Untuk Jatuhkan Kerajaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd