• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Nor Mohon Maaf

oleh Mohd Arshad
09/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing tampil membuat permohonan maaf, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Rosyam berkata, dia tidak menyangka kenyataan itu akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk agamawan.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Dalam masa sama, Rosyam menyeru orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik di TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Rosyam berkata, perkara itu akan menjurus kepada perlakuan jenayah seperti rogol dan sebagainya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

HarianMetro-

Tags: kontroversiRosyam Norrumah pelacuran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Next Post

Tuntutan Harta Lebih RM2 Bilion Jamaludin Jarjis Ditangguh Sementara

Related Posts

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

Aliff Aziz Kena Belasah Pulak!

30/01/2020
0

KETIKA bekas isterinya, Bella Astilah menyatakan kesediaan untuk menerimanya semula hari ini, Aliff Aziz sekali lagi mencetus kontroversi apabila video...

Next Post
Tuntutan Harta Lebih RM2 Bilion Jamaludin Jarjis Ditangguh Sementara

Tuntutan Harta Lebih RM2 Bilion Jamaludin Jarjis Ditangguh Sementara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd