• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

oleh Mohd Arshad
18/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini pada pagi 1 Januari lalu, dipercayai tidur seorang diri di sebuah hotel terbiar berhampiran Pasar Seni, Kuala Lumpur selama enam hari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, terdahulu remaja malang itu bersama abangnya berusia 17 tahun tinggal bersama seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah hotel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dua beradik itu kemudian berjaya melarikan diri.

“Mangsa tinggal seorang diri di sebuah hotel terbiar selama enam hari. Kemudian pada 15 Januari lalu dia meminta bantuan dari seorang lelaki gelandangan.

“Lelaki gelandangan itu menghantar mangsa ke Balai Polis Hulu Bernam pada jam 10.48 pagi tadi. Semakan mendapati remaja terbabit adalah salah seorang individu yang hilang pada 1 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, ketika ini polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti keadaan remaja yang baru ditemui itu.

“Sebarang maklumat mengenai penemuan ini dari orang awam adalah dialukan,” katanya.

Terdahulu, media pada 11 Januari lalu melaporkan seorang remaja lelaki ditemukan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

HarianMetro-

Tags: hotellarikan diriremajatidur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Remaja 16 Tahun Antara 18 Individu Ditangkap Khalwat

Remaja 16 Tahun Antara 18 Individu Ditangkap Khalwat

21/10/2025
0

Pasir Gudang: Seramai 18 individu termasuk pelajar dan pekerja asing dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam operasi mengejut Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd