• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Rintis Sistem MySubsidi Diesel Dan Fleet Card Bermula 1 Februari

oleh Mohd Arshad
09/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasat Dakwaan Rasuah RM1 Bilion PN Untuk Jatuhkan Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan projek rintis untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak bermula 1 Februari depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri berkaitan, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata setakat ini enam syarikat pengangkutan barangan terpilih untuk projek rintis berkenaan iaitu Perceptive Logistic Sdn Bhd; Multimodal Freight Sdn Bhd; Mun Chuen Transport Sdn Bhd; Tan Swee Hee Sdn Bhd; Sim Yew Enterprise Sdn Bhd dan Rantau Panjang Haulage Sdn Bhd.

Kaedah itu adalah di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) membabitkan syarikat pengangkutan barangan.

Katanya, enam syarikat pengangkutan barangan yang terpilih adalah syarikat yang mana kuota Skid Tank mereka akan luput pada bulan ini dan akan menerima kuota melalui saluran Fleet Card.

“Projek rintis ini bertujuan menguji Sistem MySubsidi Diesel KPDN dan juga sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak sebelum dilaksanakan kepada keseluruhan industri.

“Sesi libat urus bersama syarikat perintis sudah dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada syarikat perintis dan syarikat minyak tentang panduan untuk memohon kuota dan pelaporan menggunakan Sistem MySubsidi Diesel,” katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja di sini, hari ini.

Beliau berkata, mekanisme menggunakan Fleet Card adalah usaha untuk beralih ke teknologi digital dalam mengawal selia barang bersubsidi di bawah KPDN.

Katanya, syarikat -syarikat barangan yang terbabit boleh memohon kuota melalui Sistem MySubsidi Diesel KPDN, dan seterusnya memohon Fleet Card daripada syarikat minyak yang menjadi pilihan mereka sendiri.

Armizan berkata, selain menangani isu kenaikan harga barangan, perluasan penggunaan saluran Fleet Card kepada Sektor Barangan di bawah SKDS 2.0 juga adalah bagi menambah baik kaedah kawal selia dalam pemberian kuota diesel bersubsidi supaya hanya kenderaan yang layak dapat menikmati subsidi yang diberikan.

“la akan dapat menangani risiko ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap dan efektif melalui kaedah digital.

“Kerajaan akan memastikan agar keperluan rakyat sentiasa diberikan perhatian yang utama dalam pelaksanaan sistem ini kelak.

“Pihak KPDN akan terus memantau pelaksanaan projek rintis ini dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun 2024,” katanya.

BHonline-

Tags: Fleet CardKPDNMySubsidi Dieselprojek rintis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siasat Dakwaan Rasuah RM1 Bilion PN Untuk Jatuhkan Kerajaan

Next Post

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Related Posts

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

16/02/2025
0

PUTATAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan melakukan pemantauan di Bazar Ramadan seluruh negara, tahun...

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

13/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kilang yang membuat sandwich di Sunway Damansara, Petaling...

Next Post
Projek Rintis Sistem MySubsidi Diesel Dan Fleet Card Bermula 1 Februari

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd