• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaharuan Lesen Memandu, Kenderaan Di Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Feb – Loke

oleh AK-47
02/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembaharuan Lesen Memandu, Kenderaan Di Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Feb – Loke
Share on FacebookShare on Twitter

Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.

“Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb 2024.

“Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ,” katanya ketika sidang media selepas melawat JPJ Selangor di Shah Alam hari ini.

Katanya, pembaharuan tersebut berdasarkan kepada kesediaan sistem pihaknya dan penerimaan orang awam yang positif.

Loke berkata bagi mengalakkan penggunaan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.

“Rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Feb sehingga 31 Dis 2024. Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ seperti Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad.

“Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, Kad MyKAS dan Kad MyPR,” katanya.

Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, seramai 7.5 juta pengguna yang menggunakan aplikasi MyJPJ dan dijangka jumlah itu akan terus meningkat tahun ini.

“Kerajaan berharap inisiatif yang diumumkan pada hari ini merupakan usaha MOT (Kementerian Pengangkutan) dan JPJ untuk mempermudahkan urusan pemilik LKM dan LMM seterusnya menyokong ke arah perkhidmatan pendigitalan yang terbaik kepada rakyat.

“MOT dan JPJ juga sentiasa menghargai sokongan daripada pelbagai pihak dalam pelaksanaan pendigitalan. Saya menyeru supaya masyarakat bersama-sama kami untuk menjayakan pendigitalan JPJ.

-Malaysia Kini

Tags: Aplikasi MyJPJPembaharuan Lesen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Tidak ‘Ambil Pusing’ Langkah Dubai

Next Post

2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Lepaskan Tembakan, 3 Cedera

Related Posts

No Content Available
Next Post
2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Lepaskan Tembakan, 3 Cedera

2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Lepaskan Tembakan, 3 Cedera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd