• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

oleh Mohd Arshad
21/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Ampang Utama di sini pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang lelaki yang juga juruteknik berusia 40 tahun telah menerima laporan kerosakan panggilan telefon yang dialami oleh pelanggan pada jam 11.49 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kabel talian telah dipotong dan dicuri.

“Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan sebanyak empat batang pelbagai saiz sepanjang 150 meter, anggaran kerugian RM 6,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, susulan laporan yang diterima, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Hujan Gerimis, Overseas Union Garden, Kuala Lumpur pada jam 11.10 malam, hari sama.

“Polis merampas kunci, lori jenis Mitsubishi, mesin pemotong dan wayar kabel bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan amphetamine.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 16 rekod lampau jenayah, dua rekod kes dadah dan satu rekod masih dikehendaki atas kesalahan dadah,” katanya.

Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan satu kes di daerah Ampang Jaya dan dua kes di daerah Brickfields, Kuala Lumpur.

“Suspek telah direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan,” katanya.

SinarHarian-

Tags: curi kabelpemandu loriTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

Next Post

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

Related Posts

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

16/05/2025
0

TELUK INTAN: Pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)...

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Next Post
Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd