• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

oleh AK-47
17/01/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

untuk merujuk beberapa persoalan Perlembagaan berkaitan siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas mendapati tiada merit dalam permohonan Muda.

Beliau berkata persoalan yang ingin dirujuk adalah bersifat akademik kerana pandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diganti oleh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

“Justeru, mahkamah berpendapat persoalan terbabit tidak harus dipertimbang oleh mahkamah ini atau dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya.

Ahmad Kamal juga berkata kuasa untuk mentafsirkan peruntukan Perlembagaan bukan secara eksklusif terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.

“Di bawah struktur asas Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan secara amnya adalah mahkamah terakhir bagi merujuk semua persoalan berkaitan perlembagaan. Oleh itu, mahkamah mendapati permohonan ini tiada merit di sisi undang-undang dan dengan ini, ditolak,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan 6 Feb untuk pengurusan kes.

Pada 25 April tahun lepas, Muda memfailkan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan terbabit bagi menentukan sama SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat seorang hakim mahkamah atasan yang masih berkhidmat kerana melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mendengar kes meskipun mempunyai konflik kepentingan.

Muda telah memfailkan saman pemula pada 12 April tahun lepas memohon deklarasi bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk menyiasat penemuan atau pandangan bahawa Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan berdepan konflik kepentingan ketika mendengar kes tertentu.

Muda turut memohon deklarasi bahawa penemuan atau pandangan SPRM bahawa Mohd Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim atau berdepan konflik kepentingan ketika mendengar kes SRC International Sdn Bhd adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.

– Bernama

Tags: Hakim Nazlanmahkamah persekutuanmuda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

28/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd