• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

oleh Mohd Arshad
03/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, garis panduan itu penting bagi menangani isu kebersihan premis perniagaan.

“Majlis menitikberatkan isu berkaitan kebersihan kerana ia melibatkan keselamatan pelanggan yang datang menjamu selera,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Norfiza menjelaskan, garis panduan pelesenan gerai mula berkuat kuasa pada 1 April tahun lalu.

“Garis panduan ini juga bertujuan menyelesaikan beberapa isu lain antaranya melibatkan keselamatan dan kesesakan gerai yang ditempatkan di dalam serta luar premis kedai, restoran atau medan selera,” ujar beliau.

Menurut beliau, beberapa garis panduan ditetapkan antaranya jumlah premis restoran atau kedai makan dibenarkan maksimum lima unit bagi premis lot tepi dan tiga unit lot tengah.

“Bagi premis medan selera, kiraan berdasarkan saiz ruang terbuka dibahagikan dengan 330.68 kaki persegi bagi mendapatkan jumlah gerai yang dibolehkan dalam premis terbabit.

“Lesen gerai dalam kedai pula akan dilesenkan kepada pemegang lesen induk sahaja,” jelas beliau.

Norfiza memberitahu, mesyuarat MPK pada 28 Disember tahun lalu memutuskan lesen gerai dalam kedai boleh diperbaharui seperti sedia ada.

“MPK akan membuat semakan semula di premis dalam tempoh enam bulan bagi melihat kesesuaian dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesesakan di dalam premis.

“Gerai yang berada di luar premis tidak akan diperbaharui lesen sehingga gerai tersebut ditempatkan di dalam premis,” jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, pembaharuan lesen gerai dalam kedai boleh dilakukan di Kaunter Bersepadu MPK atau secara dalam talian dengan mengemukakan salinan lesen induk 2023, lesen gerai dalam kedai tahun 2023 dan suntikan tifoid yang masih sah.

SinarHarian-

Tags: geraikebersihanMajlis Perbandaran KlangSerbu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

Next Post

Lelaki Pukul Anggota JPJ Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

Related Posts

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

Isu Data Penumpang Bocor: Pejabat AirAsia Diserbu

16/12/2022
1

PUTRAJAYA : Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun melakukan ‘serbuan’ ke atas pejabat AirAsia Aviation Group Limited...

Next Post
MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

Lelaki Pukul Anggota JPJ Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd