• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

oleh Mohd Arshad
24/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye, berkata pihaknya mendapati notis larangan itu tidak relevan kepada 51 premis selain menerima aduan daripada puluhan pengusaha restoran.

Katanya, notis larangan penjualan minuman alkohol itu sebelum ini hanya dipraktikkan ke atas lima premis di sekitar Jalan Gottlieb hingga ke Jalan Kebun Bunga berdasarkan pandangan serta nasihat pihak polis.

“Saya hanya mengetahui mengenai larangan itu petang semalam selepas mendapati aduan daripada puluhan pengusaha khususnya restoran makanan yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan premis mereka turut dikunjungi pelancong luar negara.

“Jadi selepas meneliti perkara itu, saya dapati larangan tambahan ke atas 51 premis itu tidak berasas dan mengarahkan MBPP menarik semula larangan berkenaan serta-merta,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Jason berkata, pihaknya juga sudah menetapkan segala larangan penjualan minuman alkohol dikeluarkan MBPP selepas ini perlu melalui perbincangan serta persetujuan daripada mesyuarat EXCO.

Sementara itu, Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran, berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis larangan itu ke atas 56 premis di sepanjang laluan perarakan pedati bagi tempoh tiga hari bermula 24 hingga 26 Januari.

“Notis itu diberi kepada pemilik premis pada 22 Januari lalu namun, kini kita dapati larangan itu tidak perlu dibuat ke atas premis di luar laluan utama Jalan Kebun Bunga.

“Ketika ini pasukan MBPP berada di lapangan bagi menarik semula notis ke atas 51 premis yang dikenal pasti ia termasuk di Jalan Datuk Keramat, Jalan Magazine serta Lebuh Victoria,” katanya.

BHonline-

Tags: jual arakMBPPThaipusam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

Next Post

Tarif Air Melaka Naik 16 Sen Setiap Meter Padu

Related Posts

‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming

‘Apabila Premis Jual Arak, Yang Tak Boleh Minum Jangan Belilah’ – Kor Ming

26/01/2025
0

IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak individu dan tidak menjadikan penjualan...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

Next Post
MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

Tarif Air Melaka Naik 16 Sen Setiap Meter Padu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd