• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Terbakar Dipercayai Angkara Khianat

oleh Mohd Arshad
15/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Saya Lihat Polis Meniarap, Tembak Kereta Suspek’
Share on FacebookShare on Twitter

Batu Pahat: Solat Jumaat tiga hari lalu adalah yang terakhir buat penduduk Kampung Parit Simis di Sri Medan di sini selepas masjid itu terbakar dipercayai angkara khianat, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Masjid yang baru siap kira-kira dua tahun lalu itu rosak teruk dengan anggaran kerugian melebihi RM150,000 selepas sebahagian besar peralatan dan mimbar terbakar.

Pengerusinya, Mat Sunari Paiman berkata, kebakaran disedari pada 10.46 malam oleh seorang rakannya yang melihat api di ruang solat ketika mahu menggunakan tandas masjid.

“Dia (rakan) nampak api dalam masjid dan berpatah balik memberitahu penduduk. Secara kebetulan, saya tidak berada di kampung kerana ada urusan lain.

“Mereka bersama penduduk membantu memadam kebakaran. Apa yang menghairankan ialah bomba tiba di lokasi mendapati ada bau petrol dan sudah mengambil sampel untuk dianalisa.

“Lebih menyedihkan ialah lapan penghawa dingin baru dipasang tidak sampai sebulan turut musnah. Mimbar untuk kegunaan membaca khutbah yang tidak sampai setahun dipasang juga musnah,” katanya.

Mat Sunari berkata, pasukan bomba juga menemui kesan petrol di bawah permaidani selain lidi penyapu yang dipercayai digunakan untuk menyalakan api.

“Yang saya hairan kenapa penyapu lidi dibakar berada atas permaidani… kalau kita selak permaidani ini, masih ada bau petrol.

“Inilah masjid yang biasa digunakan penduduk di kampung untuk solat fardu dan Jumaat serta aktiviti keagamaan lain, memandangkan Masjid Kampung Parit Lapis Simis masih dalam pengubahsuaian.

“Nampaknya, penduduk di kampung terpaksalah meredah kira-kira tiga atau empat kilometer untuk solat Jumaat minggu ini,” katanya.

Difahamkan, masjid itu siap pada November 2022 dan digunakan penduduk sebelum ditutup semula akibat banjir besar pada Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan kebakaran itu pada 11.30 malam.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan jika terdapat unsur jenayah. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan ke mana-mana balai berhampiran atau kepada Balai Polis Seri Medan di talian 07-4850222,” katanya.

HarianMetro-

Tags: khianatmasjid terbakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Lihat Polis Meniarap, Tembak Kereta Suspek’

Next Post

Bakal Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

28/04/2024
0

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku di pejabat Majlis Bandaraya Kuala...

Next Post
Masjid Terbakar Dipercayai Angkara Khianat

Bakal Pengantin Mengaku Salah Rogol Gadis Bawah Umur

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd