• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pukul Anggota JPJ Dipenjara Sehari, Denda RM4,000

oleh Mohd Arshad
03/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, video berdurasi satu minit 24 saat itu berlaku pada 22 November lalu, memaparkan sebuah lori model Nissan Vanette enggan berhenti semasa ditahan oleh anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, kenderaan tersebut kemudiannya berhenti di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra, dekat sini dan telah menyerang anggota JPJ yang bertugas sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain provokasi.

“Ketika kejadian, anggota bertugas sedang melakukan tugas rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Aman Shah berkata, kenderaan itu kemudian diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberi kerjasama.

“Ketika ditahan, individu terbabit melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas,” ujar beliau.

Tambahnya, satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh anggota JPJ tersebut.

“Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai peniaga air tebu itu sudah ditahan polis dan sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Individu terbabit sudah menjalani hukuman selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000,” kata Aman Shah.

Jelasnya, JPJ Kedah mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang video tanpa mengetahui kesahihannya terlebih dahulu, dengan mencemarkan imej perkhidmatan awam serta tidak menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugasan berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

SinarHarian-

Tags: Anggota JPJlelakipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd