• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Tahfiz: Rayuan Pemuda Disabit Membunuh Dijadual Semula 21 Mac

oleh Mohd Arshad
15/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ibu Dakwa Bayi Digigit Hingga Berdarah, Anak Lelaki Dilempang Di Rumah Pengasuh
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menjadualkan semula kepada 21 Mac depan, bagi mendengar rayuan pemuda berusia 22 tahun terhadap sabitan kesalahan membunuh 23 orang dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada 2017.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguamnya, Haijan Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu telah dijadualkan semula.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 21 Februari untuk pendengaran rayuan kes itu.

Pemuda itu yang berusia 16 tahun ketika kejadian didapati bersalah terhadap pembunuhan itu, dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020, untuk ditahan atas perkenan Yang-di-Pertuan Agong.

Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi telah membebaskan pemuda kedua daripada tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 orang di pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di ibu negara, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Pada 11 September lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pemuda itu dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara.

Panel hakim yang sama turut menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi pemuda, juga berumur 22 tahun, daripada tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri. Lelaki itu juga berusia 16 tahun ketika kejadian.

Difahamkan tiada notis rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pemuda itu.

Bernama-

Tags: bakar tahfizpemudaRayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd