• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
13/01/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggalnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan undang-undang itu jika diperkenalkan, kerajaan akan dapat memfokus mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.

“Saya menyarankan satu RUU (Rang Undang-Undang) dibentangkan bahawa jika sesebuah kerajaan diwujudkan atas sesebuah parti itu dominan atau gabungan antara parti politik itu dominan, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, maka ia harus kekal hingga ke akhir penggal.

“Jika tidak, kita akan mengalami perkara yang terdahulu (berlaku perubahan kerajaan sebelum penggal berakhir), dan ini tidak baik untuk negara dan rakyat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pemukiman Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, semua ahli politik juga perlu melakukan perubahan langkah serta minda dengan mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap keputusan dan tindakan mereka.

“Politik sangat pragmatik dan dinamik dalam hal ini. Kita harus praktikal untuk menjaga sebuah negara.

“Kita boleh bermain politik atau berbeza pendapat tetapi untuk kepentingan negara, kita tidak harus menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji demi kepentingan nafsu politik dalam kalangan ahli politik. Cukuplah belajar daripada pengalaman lalu,” katanya.

Beliau menekankan, sebarang perubahan kerajaan yang berlaku sebelum penggalnya berakhir, akan membantutkan pertumbuhan ekonomi, di samping memberi sentimen tidak baik kepada pelabur.

“Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini, tiga Perdana Menteri dalam sepenggal. Kesannya adalah terhadap rakyat apabila kita melihat pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipertingkatkan dan kebetulan kita juga menghadapi pandemik COVID-19 ketika itu.

“Pengalaman itu cukup pahit untuk negara. Kita melihat pelabur memerlukan kestabilan politik, dan kestabilan ini sudahpun wujud bawah kerajaan Madani dan ia harus dipertahankan,” katanya.

Suhu politik negara kembali hangat sejak beberapa minggu lalu selepas timbul laporan mendakwa pembangkang sudah memiliki akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk menukar kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun hingga hari ini, tiada sebarang bukti dikemukakan oleh mana-mana pihak bagi mengabsahkan dakwaan itu.

BHonline-

Tags: Ahmad ZahidKerajaanpenggalundang-undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd