• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

oleh Mohd Arshad
21/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT: Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak pertengahan bulan lalu pernah memberi bayangan kepada ibu saudaranya bahawa ada orang mahu ‘menghapuskannya’ dengan melanggar menggunakan kereta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Gambaran itu diceritakan sendiri Mila Sharmila atau Bella kepada ibu saudaranya, Napisah Salleh, 53, kira-kira seminggu sebelum kehilangan wanita berkenaan pada 14 Disember lalu.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi dan setakat ini kes masih belum selesai walaupun ada rangka ditemukan polis di sebuah rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Memetik laporan Metro Ahad hari ini, kakak Bella, Norhisham memberitahu, ibu saudara mereka mendengar sendiri kata-kata itu, namun tidak sekalipun menyangka ia akan menjadi kenyataan.

Katanya, mengikut cerita Napisah atau dipanggil mereka Mak Ngah, Bella seolah-olah membayangkan akan ada sesuatu perkara berlaku ke atasnya.

“Bella beritahu Mak Ngah, dekat rumah (ibu saudara), ada satu lorong gelap, ada orang langgar Bella. Orang itu langgar Bella dengan kereta. Jadi, Bella meninggal dunia dan individu itu ‘berlakon’ seolah-olah Bella meninggal dunia akibat kemalangan itu.

“Esoknya, keluar dekat media orang cakap Bella mati kemalangan padahal kena bunuh,” katanya menceritakan apa dikatakan adiknya kepada ibu sudara mereka.

Norhisham berkata, sejak hari pertama adiknya hilang, dia cenderung bahawa individu terbabit dalam kejadian itu adalah yang paling dekat dengan Bella, malah pada awal kes, dia sudah mendapat maklumat mengenai individu terbabit namun belum ada bukti mencukupi.

“Cuma saya tak tahu macam mana polis siasat, padahal hari pertama yang saya buat laporan (16 Disember), banyak keraguan daripada lelaki itu. Kenapa polis tak mengambil tindakan seawal itu? Sekurang-kurangnya kalau ada tindakan awal (tahan suspek), kita boleh jumpa lagi Bella.

“Pada hari penemuan rangka manusia itu, ada polis datang jumpa menerangkan penemuan rangka. Dia (polis) minta bagi tempoh dua hari untuk DNA (asid deoksiribonukleik). Polis sudah mengambil sampel tisu dalam mulut daripada saya dan emak untuk ujian itu,” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi dan setakat ini kes masih belum selesai walaupun ada rangka ditemukan polis di sebuah rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Media melaporkan tiga individu, termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya kini direman polis sehingga 27 Januari ini.

BHonline-

Tags: bayanganBella
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Jadi Barua, Khianat Negara

Next Post

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

Related Posts

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

02/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis,...

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Bersifat Sementara – JPA

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

24/01/2024
0

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

Next Post
Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah - Wan Hanafi Su

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd