• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Lancar Serangan Baharu Ke Atas Pelancar Peluru Berpandu Anti-Kapal Houthi

oleh Mohd Arshad
20/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Bella: Tiga Direman Bantu Siasatan Penemuan Rangka
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Washington: Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan udara terhadap Houthi yang berpangkalan di Yaman, dengan menyasarkan pelancar peluru berpandu balistik anti-kapal kumpulan itu, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby, berkata tiga serangan pertahanan dirinya berjaya menyasarkan pelancar peluru berpandu balistik Houthi.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi, tindakan ini dilakukan untuk mempertahankan diri, selain membantu menjadikan perairan antarabangsa lebih selamat untuk kedua-dua kapal tentera laut serta aktiviti perdagangan,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Serangan itu adalah kali keenam dilancarkan terhadap sasaran Houthi oleh AS dan United Kingdom (UK) sejak 12 Januari lalu.

Serangan barat dilancarkan hampir setiap hari sejak tempoh itu.

Pada masa sama, ketika ditanya alasan AS perlu meneruskan serangannya walaupun Presiden Joe Biden sebelum ini mengakui pihaknya tidak akan dapat menghentikan Houthi, Kirby berkata, sekurang-kurangnya tindakan itu mampu melemahkan kumpulan terbabit.

“Dengan setiap serangan, kami boleh melemahkan keupayaan Houthi dan memperlahankan tindakan mereka,” katanya.

Khamis lalu, Biden mengakui pihaknya tidak dapat menghalang Houthi daripada melakukan serangan lanjut, namun negara itu akan terus melancarkan tindakan balas.

Sementara itu, menurut Houthi, serangan dilakukan mereka bertujuan menekan Israel menghentikan peperangan di Semenanjung Gaza.

Laut Merah antara laluan paling kerap digunakan di dunia untuk penghantaran bahan api.

Ia digunakan untuk transit antara Terusan Suez Mesir dan Teluk Aden, sekali gus membolehkan kapal melalui perjalanan lebih pendek dengan merentasi pantai selatan Afrika.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatHouthiSerangan Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd