• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Parah Ditetak Angkara Hutang

oleh Mohd Arshad
13/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang menyerangnya malam kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu selesai mengeluarkan wang di sebuah bank dekat Sungai Udang di sini.

Beliau berkata, mengikut laporan, mangsa mendakwa ketika menghidupkan motosikalnya, tiba-tiba muncul tiga individu tidak dikenali yang bertindak menahannya sambil mengacukan parang ke pinggangnya.

“Dalam keadaan cemas itu pengadu dia terus menekan gear motosikal dan cuba melarikan diri sebelum terasa bahagian atas tangan kirinya terkena libasan parang suspek.

“Mangsa bagaimanapun terus melarikan diri dengan masuk ke kawasan perumahan serta meninggalkan motosikalnya di bahagian hadapan taman,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, dalam keadaan kesakitan mangsa yang dikejar suspek terus berlari ke arah Balai Polis Sungai Udang untuk menyelamatkan diri.

Katanya, akibat tetakan itu mangsa mengalami keretakan atas pergelangan tangan kiri selain urat tangan putus dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Difahamkan kejadian serangan itu bukan bermotifkan samun, sebaliknya mempunyai kaitan dengan masalah hutang.

“Namun, kita masih menyiasat motif sebenar kejadian kerana barangan milik mangsa termasuk wang tidak dilarikan,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek juga giat dilakukan dan pihaknya merayu orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian untuk hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat.

Terdahulu, tular di WhatsApp gambar didakwa menunjukkan kecederaan dialami mangsa sejak kelmarin yang dikaitkan berpunca cubaan samun.

BHonline-

Tags: Anggota Tenteraditetakparah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd