• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amanat Terakhir Agong Ke-16

oleh Mohd Arshad
30/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: “Saya sudah buat yang terbaik untuk negara sepanjang lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong, tetapi sedih nak tinggalkan Istana Negara jika rakyat masih berpecah-belah,” titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Baginda bertitah, perkembangan politik semasa mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu mahu menumbangkan kerajaan sedia ada amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara.

Titah baginda, urusan mentadbir kerajaan bukan mudah dan perubahan mahu dilakukan pihak tertentu sebelum tempoh pemerintahan ini berakhir tidak akan membawa negara ke mana-mana.

“Saya bukan mahu menidakkan mana-mana parti politik, tetapi pengalaman bertukar kerajaan itu satu proses merugikan negara.

“Sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya ada empat Perdana Menteri dan ia cabaran terbesar perlu saya hadapi. Saya berusaha mententeramkan negara dan kekalkan keharmonian serta kestabilan hingga kini.

“Mengurus kerajaan ini bukan mudah, pertukaran tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ini merugikan rakyat dan kewangan negara.

“Kita sudah ada proses demokrasi tertulis pada setiap lima tahun rakyat boleh memilih kerajaan melalui pilihan raya. Jadi biarlah sekurang-kurangnya kerajaan yang ada ini memerintah mengikut tempoh ditetapkan, bukan sekadar satu atau dua tahun dan kemudian menukar sewenang-wenangnya,” titah baginda pada sesi bersama media di Istana Negara, sebelum menamatkan pemerintahan lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepemimpinan negara bermula 31 Januari 2019.

Susulan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam lima tahun berkuat kuasa esok.

Majlis Raja-Raja bersetuju mengisytihar Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.

Spekulasi wujud gerakan pembangkang menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Dubai bulan lalu mengocak semula ketenangan politik negara terutama selepas setahun Kerajaan Perpaduan memerintah.

Konspirasi dikatakan dirancang Perikatan Nasional (PN) bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan dakwaan kononnya berjaya mengumpul surat akuan bersumpah (SD) untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong hingga membangkitkan rasa kurang senang rakyat dengan perkembangan politik negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah, kemelut politik negara hingga membabitkan pertukaran empat Perdana Menteri berbeza sepanjang lima tahun pemerintahan baginda memberi kenangan sukar diterima.

Baginda bertitah, apa yang berlaku membuktikan perubahan dimahukan rakyat dengan khidmat Perdana Menteri dalam tempoh singkat tidak memberi kebaikan langsung kepada negara.

“Jika kita tukar Perdana Menteri setiap tahun, ada Kabinet baharu, ia tak menjanjikan apa-apa. Ini pengalaman saya. Jadi, rakyat perlu bagi tempoh sewajarnya untuk menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan, bukan dalam tempoh setahun dua dan kemudian mempersoalkan prestasi mereka.

“Apa yang kita boleh buat dalam tempoh setahun? Jika tukar kerajaan, banyak perubahan berlaku membabitkan dasar dan corak pentadbiran yang akan melambatkan proses pengurusan. Malaysia pula perlu lebih kompetitif supaya tak ketinggalan.

“Pelabur asing akan melihat perkara ini dan ketidaktentuan kestabilan negara boleh menyebabkan mereka takut melabur di Malaysia sedangkan kita perlukan mereka untuk buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” titah baginda.

Susulan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat memahami kepentingan menjaga kestabilan negara untuk jangka panjang dalam usaha memacu perkembangan ekonomi ke peringkat lebih tinggi.

“Selain bergantung kepada kerajaan, kita perlukan pelabur yang membawa pelaburan besar, tetapi mereka hanya akan bertapak di negara ini jika suasananya kondusif.

“Jika tiada pelaburan asing, kita akan kerugian banyak perkara termasuk kutipan cukai,” katanya.

Mengulas desas-desus usaha menumbangkan kerajaan melalui Langkah Dubai itu, baginda bertitah, semua pemimpin perlu kurang berpolitik, sebaliknya menumpu usaha memajukan negara.

“Kita jangan buat spekulasi, semua perlu bergerak ke depan dan kerajaan sedia ada mesti terus mentadbir urusan negara.

“Saya harap kecelaruan menimpa rakyat akibat tindakan pemimpin politik sebegini perlu dihentikan, mereka patut mengharmonikan rakyat,” katanya.

Mengulas cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah, idea itu timbul ketika pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baginda bertitah, Kerajaan Perpaduan bukan idea baru, sebaliknya timbul ketika Seri Paduka memanggil ketua pemimpin politik supaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan walaupun Ismail Sabri mendakwa beliau memiliki majoriti, tetapi jumlah perbezaannya tidak besar.

“Apabila tiada parti menang besar, saya tawarkan semua parti membentuk Kerajaan Perpaduan, tetapi (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang tegas menolak cadangan itu.

“Saya juga maklumkan cadangan itu kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa yang saya mahu ketika itu ialah semua parti membentuk kerajaan yang kukuh, stabil dan berjaya,” titah baginda.

HarianMetro-

Tags: Agong Ke-16Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahamanat terakhir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

Next Post

Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Akan Keluar Kenyataan

Related Posts

No Content Available
Next Post
Amanat Terakhir Agong Ke-16

Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Akan Keluar Kenyataan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd