• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Lepaskan Tembakan, 3 Cedera

oleh Mohd Arshad
02/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
2 Lelaki Menyamar Penghantar Makanan Lepaskan Tembakan, 3 Cedera
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Dua lelaki melepaskan tembakan sehingga mencederakan tiga individu di sebuah kedai kopi di Lorong 3, Jalan Wong King Hou, di sini, petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, ketiga-tiga mangsa menjamu selera di premis berkenaan sebelum diserang oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Sumber berkata, dua penyerang dalam kes itu menyamar sebagai penghantar makanan dengan menaiki motosikal berasingan.

Seorang daripada penyerang dikatakan menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan manakala seorang lagi penyerang melepaskan tembakan dari arah luar kedai kopi itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.41 petang memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati tiga lelaki terkena tembakan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian, dua penyerang menaiki dua motosikal berasingan.

“Tiga mangsa yang cedera terkena tembakan yang dilepaskan dua lelaki itu adalah lelaki Cina berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun.

“Keadaan mereka stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Sibu,” katanya.

Zulkipli berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan polis belum mengenal pasti motif kejadian.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh mencetuskan kegusaran awam.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-Harian Metro

Tags: tembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembaharuan Lesen Memandu, Kenderaan Di Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Feb – Loke

Next Post

Polis Cari Fauziah Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Kenduri Kahwin

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Biden Kekal Tidak Sokong Pencerobohan Di Rafah

‘Bunyi Letupan, Tembakan Jelas Kedengaran Sampai Terjaga Daripada Tidur…’

29/04/2024
0

RANTAU PANJANG: Penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand di sini mengakui terkejut mendengar bunyi letupan dan bedilan kuat yang dipercayai...

Next Post
Polis Cari Fauziah Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Kenduri Kahwin

Polis Cari Fauziah Bantu Siasatan Kes Tipu Katering Kenduri Kahwin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd