• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Berputar Menara KL Diarah Kosong, Henti Operasi

oleh Mohd Arshad
22/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Premis Perniagaan Dalam Menara Ilham Masih Boleh Beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Restoran berputar Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur (KL) menghentikan operasi sejak semalam susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seorang kakitangan restoran itu ketika dihubungi BH hari ini, mengesahkan pihaknya diberi tempoh dua minggu sehingga 4 Januari depan untuk mengosongkan premis mengikut perintah berkenaan.

“Peguam bela Menara KL yang dimiliki Hydroshoppe Sdn Bhd memaklumkan mengenai perintah terbabit yang dikeluarkan mahkamah.

“Saya tidak mahu ulas panjang kerana isu ini membabitkan perintah mahkamah,” katanya.

Pada 5 April lalu, Hydroshoppe Sdn Bhd dan seorang pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan termasuk menawar rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ia bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Bagaimanapun, Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussain dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Hydroshoppe Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan kerana seseorang yang bersekutu dengannya iaitu Abdul Hamid Shaikh secara rasuah menawarkan wang RM500,000 setahun selama tempoh itu kepada Datuk Tan Ser Lay, 60, bagi faedah Annuar dengan niat untuk memperoleh perniagaan iaitu pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.

Abdul Hamid Shaikh pula berdepan tuduhan menawarkan kepada individu sama suatu suapan iaitu RM500,000 dalam tempoh sama, sebagai dorongan kepada bekas menteri itu melakukan suatu perkara dicadangkan iaitu mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL oleh Hydroshoppe Sdn Bhd.

BHonline-

Tags: Henti OperasiMenara KLrestoran berputar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Sada Henti Operasi Empat LRA

10/05/2022
0

Alor Setar : Operasi empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini terpaksa dihentikan berikutan kejadian runtuhan ban kanan Terusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd