• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat AS Sendiri Tidak Setuju Kerajaan Sokong Israel

oleh AK-47
10/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat AS Sendiri Tidak Setuju Kerajaan Sokong Israel
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO : Mahnoor Ahmad, iaitu calon Kongres Amerika Syarikat (AS) beragama Islam menegaskan pandangan rakyat negara ini mengenai perang di Gaza berbeza dengan sistem politiknya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap kepada Arab News, wanita berusia 32 tahun itu memaklumkan, banyak rakyat AS menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera di Gaza kerana mereka ‘sudah tidak tahan’ menyaksikan penderitaan rakyat Palestin, terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

“Kita tidak boleh berpaling dan biarkan apa yang berlaku di Gaza. Adalah menjadi satu perkara memalukan jika kita lakukan demikian. Setiap pelosok dunia tahu apa berlaku di Gaza dan apa mereka mahukan untuk rakyat Palestin.

“Ramai yang datang kepada saya (rakyat AS) dan memberitahu mereka tidak menyokong keganasan Zionis di Gaza biarpun kerajaan bersungguh-sungguh menyokong Israel.

“Perkara itu menunjukkan rakyat AS juga tidak bersetuju dengan sistem kerajaan ketika ini, mereka lebih tahu erti kemanusiaan,” katanya.

Jelas Mahnoor, isu kemanusiaan tidak perlu mengambil kira perbezaan agama dan perlu dilakukan bersama-sama.

Katanya, isu kemanusiaan perlu disampaikan secara aman, menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Sebagai negara demokrasi, AS sepatutnya memperjuangkan isu kemanusiaan, kita yang sepatutnya ‘mempersembahkan’ keamanan dan kita tidak seharusnya menyokong apa yang dilakukan Israel di Gaza.

“Kita lebih sanggup melihat wanita dan kanak-kanak di Gaza mati setiap hari tanpa melakukan apa-apa bagi menghentikannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahnoor enggan mengulas sama ada beliau anti-Israel atau pro-Hamas.

Mahnoor yang mewakili parti Demokrat bakal bertanding dalam pilihan raya Kongres untuk daerah Illinois pada Mac tahun depan

-Utusan Online

Tags: IsraelPalestinRakyat AS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd