• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

oleh Mohd Arshad
02/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI: Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Bercakap pada sidang media selepas melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, di sini hari ini, beliau berkata, siasatan itu dijalankan susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap Muhyiddin di sebuah balai polis di sini, Jumaat lalu.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU pada satu ceramah perdana di sini, antara lain didakwa mengeluarkan “fatwa” harus untuk ahli UMNO meninggalkan parti itu dan mereka yang berbuat demikian boleh mendapat ganjaran pahala hijrah seperti zaman Rasulullah SAW.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengingatkan semua penyokong parti tidak mengadakan sebarang perhimpunan ataupun perarakan pasca-pilihan raya supaya tidak menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

“Polis akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa pascapilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 280 anggota dan pegawai polis akan memantau situasi ketenteraman awam selepas pilihan raya sehinggalah situasi berada dalam keadaan aman dan harmoni.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Bernama-

Tags: 3RKertas SiasatanPRK KemamanTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangkitan COVID-19 Di Singapura Meningkat Dua Kali Ganda

Next Post

PRK Kemaman: 60 Peratus Keluar Mengundi Setakat 4 Petang

Related Posts

Op Sky: SPRM Dalam Fasa Lengkapkan Kertas Siasatan

Op Sky: SPRM Dalam Fasa Lengkapkan Kertas Siasatan

07/02/2025
0

SHAH ALAM - Tiga selebriti telah dirakam keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat...

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

09/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri sebagaimana tular...

Next Post
PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

PRK Kemaman: 60 Peratus Keluar Mengundi Setakat 4 Petang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd