• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Setuju Sedia Lokasi Kepada Geely Bina Universiti

oleh Mohd Arshad
23/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Didakwa Meninggal Dunia Akibat Makan Sandwic Basi
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh: Perak bersetuju untuk menyediakan lokasi bagi pembinaan sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Proton City, Tanjung Malim sepertimana dicadangkan oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu telah dibincangkan dua minggu lepas semasa kunjungan pihak pengurusan kanan syarikat berkenaan ke negeri ini.

“Dalam perbincangan berkenaan mereka meminta kita (Kerajaan Perak) menyediakan lokasi pembangunan universiti itu dan pada masa yang sama kita sudah mencadangkan beberapa lokasi yang dirasakan sesuai.

“Bagaimanapun, tiada tempoh masa tertentu yang telah diletakkan untuk pembinaan universiti ini serta perincian lain yang membabitkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama, Penggal Pertama Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak ke-4 di sini hari ini.

Saarani berkata pembinaan universiti itu dilihat begitu signifikan terutama dalam memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan belia.

“Dalam erti kata lain, pembukaan universiti ini biasanya akan memberi atau menjadikan sesuatu tempat itu sebagai pusat pertumbuhan baharu. Jadi anda boleh bayangkan apa yang akan terjadi di situ,” katanya.

Sebelum ini, Geely syarikat gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM akan membawa pelaburan bernilai RM32 bilion bagi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Projek mega berimpak tinggi dengan menekankan kepada sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global itu dijangka akan menjadi hab industri automotif bagi rantau ASEAN.

Dalam pada itu, Saarani berkata Dewan Belia Negeri Perak merupakan wahana penting dalam mengangkat suara serta martabat belia di negeri ini dalam mewacanakan pelbagai isu dan perkara yang melatari pelbagai golongan.

“Sebagai Menteri Besar, saya amat berbangga kerana dewan ini bukan sahaja menjadi medan ujian buat generasi muda menonjolkan bakat kepimpinan malah bersama-sama membahaskan isu yang boleh diambil perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

HarianMetro-

Tags: GeelyPerakUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd