• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Catat 27 Kes Demam Babi Afrika

oleh AK-47
01/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perak Catat 27 Kes Demam Babi Afrika
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Sebanyak 27 kes penyakit demam babi Afrika (ASF) direkodkan di negeri ini sejak Disember 2021 hingga Oktober lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak sembilan kes positif ASF pada babi hutan dan 18 kes positif ASF dikesan di ladang babi komersial membabitkan beberapa fasa kejadian penyakit.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak menjalankan tindakan kawalan dan pembasmian penyakit ASF mengikut Protokol Veterinar Malaysia (PVM).

“Tindakan kawalan dan pembasmian melalui pemusnahan keseluruhan babi di ladang yang terjangkit (stamping out) mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

“Sehingga kini, belum ada vaksin yang boleh digunakan untuk melindungi babi daripada jangkitan virus ASF di seluruh dunia,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPV Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan.

Sivanesan berkata, hasil serbuan Bahagian Penguatkuasa JPV Perak di dua premis sejuk beku di Menglembu, Ipoh pada 22 November lalu menemukan 25,142 kilogram karkas babi dengan nilai keseluruhan RM502,840.

“Karkas babi ini tidak disembelih di Rumah Sembelih Khinzir yang diluluskan JPV atau Rumah Sembelih Khinzir yang dilesenkan, sebaliknya diseludup dari negara yang tidak dibenarkan diimport.

“Hasil ujian persampelan oleh Makmal Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh pada 23 November lalu mendapati karkas babi itu disahkan positif penyakit ASF.

“Semua karkas babi terbabit dirampas dan disita, seterusnya dilupuskan pada 28 dan 29 November lalu selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Ipoh. Tindakan disinfeksi atau pembasmian kuman keseluruhan premis juga dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shafri berkata, nilai kerugian penternak dianggarkan RM38.42 juta susulan 19,285 ekor babi didilupuskan dan mati.

Katanya, hampir RM4.9 juta pampasan dibayar kepada 16 pengusaha ladang membabitkan 11,536 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu.

-Harian Metro

Tags: Kes Demam Babi AfrikaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd