• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran MyDigital ID Untuk 1.6 Juta Penjawat Awam Giat Dijalankan – Fahmi

oleh Mohd Arshad
21/12/2023
dalam Utama & Sensasi
0
K’jaan Teliti Keperluan Lesenkan Platform Google, Meta, TikTok – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

PROSES pendaftaran Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID membabitkan 1.6 juta penjawat awam yang sedang giat dilaksanakan ketika ini berjalan dengan baik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata fokus ketika ini adalah menjayakan pendaftaran untuk kakitangan kerajaan sebelum pendaftaran dibuka kepada umum pada Mac tahun depan.

“Harapan saya, kita akan dapat pertingkatkan pendaftaran bagi sistem MyDigital ID yang merupakan single sign on (SSO) sistem ataupun sistem yang kita cuma buat pendaftaran sekali sahaja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi hari ini.

MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama mendaftarkan diri dan memiliki identiti digital.

Pada 21 Nov lepas, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada MIMOS Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

Fahmi berkata penjawat awam turut memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang MyDigital ID kepada orang ramai selaras usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan ketika ini.

“Saya lihat ada keperluan untuk penjawat awam terlibat dengan giat dalam usaha pendaftaran (MyDigital ID) ini, asasnya (adalah) proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

“Penting kita tunjukkan bahawa sektor awam kerajaan sedia untuk proses pendigitalan serta mengadaptasi guna teknologi baharu supaya kita beri perkhidmatan lebih baik dan mudah kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau telah meminta Jabatan Penerangan (JaPen) membantu MIMOS, agensi pelaksana MyDigital ID untuk membuat sebaran maklumat mengenai kepentingan pendaftaran sistem itu, antaranya dengan mengaktifkan Info on Wheels di peringkat negeri.

Mengenai sesi pendaftaran MyDigital ID warga Kementerian Komunikasi hari ini, beliau berkata lebih 500 warga kementerian itu telah mendaftar MyDigital ID dan penerimaannya amat positif.

“Kita lihat penerimaanya sangat positif dan tidak ada apa-apa kegusaran dalam kalangan staf, mereka telah membuat pendaftaran itu dengat sangat cepat dan pantas,” katanya.

— BERNAMA

Tags: MyDIGITAL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Satu Batalion PGA Gempur Sarang Pendatang Asing Di Jalan Silang

Next Post

Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

Related Posts

Platform Khusus MyDigital Bakal Diwujudkan

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu platform khusus bakal diwujudkan bagi membolehkan inisiatif MyDIGITAL di peringkat kebangsaan dapat diterjemahkan serta diselaraskan melalui...

#SayaDigital Bantu Masyarakat Celik Digital, Jana Pendapatan

12/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Program #SayaDigital dapat memainkan peranan penting membantu rakyat dan perniagaan kecil yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19,...

Next Post
Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

Biar Suami Pukul Anak Usia 7 Tahun Sampai Mati, Wanita Reda Kena Penjara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd