• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

oleh Mohd Arshad
13/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Fatin Dayana Jalil, memutuskan hukuman berkenaan terhadap pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan, jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuh Raya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakong, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Pendakwaan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind, memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal atas kesalahan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, Mohammad Harith yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana tidak sengaja melakukan kesalahan itu.

“Saya bukan orang sini (berasal dari Kuala Lumpur). Jadi, tidak tahu selok-belok jalan di lokasi kejadian.

“Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital,” katanya.

Media melaporkan tular satu rakaman kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ menunjukkan sepasang suami isteri yang menunggang motosikal bersama dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun dilanggar sebuah kenderaan yang menukar laluan secara tiba-tiba.

Kejadian itu menyebabkan pasangan itu patah jari kaki dan luka di betis, manakala anak mereka cedera pada kepala, retak tulang pipi dan patah jari kaki.

BHonline-

Tags: empat beranakmotosikalpemandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd