• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

oleh Mohd Arshad
17/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru ini menjadi penderma organ kesembilan direkodkan di Sabah tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna, berkata, mendiang Jonathan Ho, 47, dari Kampung Tuunon Kolopis, Penampang, dekat sini mendermakan sepasang matanya kepada dua pesakit atas persetujuan keluarga, baru-baru ini.

Beliau berkata, keluarga mendiang bersetuju mendermakan organ berkenaan selepas disahkan masih sesuai dan boleh membantu memulihkan penglihatan pesakit yang memerlukan.

“Pendermaan ini membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun, mendiang Jonathan Ho yang disahkan meninggal dunia akibat masalah perubatan.

“Pihak keluarga bersetuju mendermakan sepasang kornea (mata) selepas dimaklumkan ia masih sesuai dan boleh membantu memulihkan penglihatan pesakit yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Asits berkata, mendiang adalah seorang graduan ijazah dalam bidang sistem maklumat komputer dari Hawaii Pacific University, Honolulu, Amerika Syarikat pada 1999 sebelum menjadi pakar dalam pengaturcaraan komputer.

“Ketika hayatnya, mendiang aktif dalam persatuan pengaturcaraan dan sering terbabit sebagai penceramah jemputan dalam bengkel berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membantu komuniti di Sabah menerokai dengan lebih mendalam bidang berkenaan.

“Ahli keluarga menyifatkan mendiang sebagai seorang yang mesra, periang dan sentiasa ingin membantu golongan yang memerlukan tanpa ragu-ragu.

“Ahli keluarga berasa bersyukur selepas dimaklumkan bahawa kornea yang didermakan telah berjaya ditransplan kepada dua orang pesakit di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan berharap agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

HarianMetro-

Tags: DERMAkorneapakar komputer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni

Next Post

Mayat Bekas Komando Akhirnya Ditemukan, Masih Lengkap Berpakaian Veteran Tentera

Related Posts

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

SPRM Siasat Dokumen NGO Kutip Derma Untuk Palestin

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang mengutip...

Budaya Derma Sudah Jadi ‘Darah Daging’ Ahli PAS, Kata Razman

Budaya Derma Sudah Jadi ‘Darah Daging’ Ahli PAS, Kata Razman

24/01/2023
0

Ketika PAS diserang dengan isu pemberian wang tunai sewaktu pilihan raya umum ke-15, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mempertahankan parti...

Next Post
Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

Mayat Bekas Komando Akhirnya Ditemukan, Masih Lengkap Berpakaian Veteran Tentera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd