• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tidak Cadang Laksana Sekatan Termasuk PKP

oleh Mohd Arshad
18/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Tidak Cadang Laksana Sekatan Termasuk PKP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM sedang melaksana lima langkah dan strategi dalam menghadapi peningkatan jangkitan ketika ini.

“Kita (KKM) harap dapat melalui (fasa peningkatan jangkitan ketika ini) tanpa melalui sekatan termasuk PKP yang dilaksana pada awal pandemik dulu.

“Kita dah tak cakap mengenainya (sekatan) atau akan mengulangi PKP. Sebab banyak yang tanya dan banyak kegusaran di situ,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.

Katanya, fasiliti kesihatan ketika ini sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan berlaku peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

“Kita sedia termasuk dengan (fasiliti kesihatan) ATM, swasta dan NGO (badan bukan kerajaan).

“KKM sedang memantau rapi kapasiti hospital melalui Bed Management Unit (BMU) dan bersedia dengan lonjakan (penggunaan) kapasitinya.

“Kita tahu bagaimana mahu ‘mobilise’ untuk dapatkan kapasiti seperti katil dan sebagainya termasuk kesiapsiagaan perkhidmatan hospital yang terdiri dari empat teras iaitu kecukupan akses, kelestarian rawatan, pengurusan prahospital dan kecemasan berkaitan COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, fasiliti kesihatan lain termasuk dengan di hospital pengajian universiti, fasiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), swasta dan NGO (badan bukan kerajaan) juga bersedia dan boleh membantu menyedia perkhidmatan rawatan pesakit.

“Kita sedia untuk ‘mobilise’ semua fasiliti sama ada swasta, ATM, NGO atau universiti. Apa yang kami akan pastikan supaya kapasiti hospital yang ada ini masih mampu menampung (kemasukan pesakit susulan) ledakan ini,” katanya.

Katanya, KKM juga akan terus memantau sistem amaran awal (HAS) untuk mengambil sebarang langkah kawalan penularan jangkitan ketika ini.

BHonline-

Tags: Covid-19KKMpkp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd