• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza

oleh AK-47
16/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jurukamera Al Jazeera Terbunuh Ketika Buat Liputan Konflik Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA CITY : Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan Israel ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza, lapor rangkaian Qatar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Portal Al Jazeera pada mulanya melaporkan bahawa jurukamera, Samer Abu Daqqa dan ketua biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera di sebuah sekolah di Khan Yunis.

Jelas laporan itu, kedua-dua individu itu terkena serpihan peluru berpandu yang dilancarkan tentera Israel di kawasan tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, Al Jazeera mengecam serangan dron milik tentera Israel itu sehingga mengorbankan dan mencederakan pengamal media mereka.

“Samer cedera parah dan mengalami pendarahan selama lebih lima jam sebelum meninggal dunia.

“Ia selepas tentera Israel menghalang ambulans dan pekerja penyelamat daripada merawatnya sekali gus menghalang rawatan kecemasan yang sangat diperlukan,” jelas kenyataan itu.

Menurut seorang wartawan AFP, Wael pula mengalami kecederaan di lengan dan dipindahkan ke Hospital Nasser di Khan Yunis.

Dalam kemas kini berita, Al Jazeera melaporkan Wael sempat meninggalkan kawasan serangan untuk mencari bantuan bagi Samer.

Namun, apabila Wael sampai ke ambulans, pasukan paramedik memaklumkan mereka tidak dapat masuk ke lokasi serangan berikutan terlalu bahaya.

-Harian Metro

Tags: Jurukamera Al JazeeraKonflik GazaTerbunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Rakyat Palestin Dipulangkan, Didakwa Ada Kesan ‘Trek Kereta Kebal’ Israel

Mayat Rakyat Palestin Dipulangkan, Didakwa Ada Kesan ‘Trek Kereta Kebal’ Israel

17/10/2025
0

Mayat Rakyat Palestin Dipulangkan, Didakwa Ada Kesan ‘Trek Kereta Kebal’ Israel GAZA CITY, 16 Okt — Rejim Israel dilaporkan menyerahkan...

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

25/09/2025
0

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd