• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Umum Rebat 30 Peratus Cukai Harta Di 5 PBT

oleh Mohd Arshad
03/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Umum Rebat 30 Peratus Cukai Harta Di 5 PBT
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat 30 peratus ke atas cukai harta membabitkan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit kenaikan cukai tahun depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lima PBT itu adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Majlis Perbandaran Pengerang (MPP)

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian rebat itu diharap meringankan beban pembayar cukai di lima kawasan PBT berkenaan.

“Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat yang sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi, sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju pada 2024, lima PBT itu akan memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu.

“Semoga rebat dan diskaun ini dapat meringankan beban pembayar cukai terbabit,” katanya ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) Johor hari ini.

Beliau berkata, daripada keseluruhan 807,441 pegangan di lima PBT berkenaan, sejumlah 326,720 pegangan atau 40.46 peratus tidak terbabit dengan kenaikan cukai baharu itu.

Onn Hafiz berkata, dengan pertambahan hasil ke atas PBT itu, maka perkhidmatan terhadap rakyat juga perlu dipertingkatkan demi keselesaan dan kemaslahatan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata daripada keseluruhan pegangan terbabit, hanya sekitar 19,000 pegangan atau 2.4 peratus yang membuat bantahan berhubung penyelarasan cukai baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas tamat sesi penggulungan DUN Johor, beliau berkata pemberian rebat akan menyaksikan kutipan hasil cukai berkurangan sebanyak RM66 juta berbanding anggaran jumlah kutipan berjumlah RM162 juta.

“Buat waktu ini, pemberian rebat itu adalah bagi 2024, walau bagaimanapun kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk dilaksana tahun seterusnya,” katanya.

Bernama-

Tags: JohorPBTrebat cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd