• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan ‘Glow In The Dark Dark’ Terpanjang Di Malaysia

oleh Mohd Arshad
03/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jalan ‘Glow In The Dark Dark’ Terpanjang Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Jalan Padang Sanai ke Durian Burung dalam daerah Padang Terap dipasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘Glow In The Dark Dark’ sepanjang tiga kilometer sekali gus terpanjang di Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria berkata projek garisan jalan itu yang pertama di Kedah dan siap dipasang pada Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata garisan jalan berkenaan akan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Cahaya matahari dikumpulkan dan apabila malam ia akan memantulkan cahaya yang terang. Jadi garisan ini akan membantu pengguna jalan raya memandu dengan lebih selamat pada waktu malam.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusoff berkata Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi dan mampu menjadi tarikan untuk pelabur mengusahakan ladang solar.

Malah katanya, sumber cahaya matahari yang tinggi menjadikan usahawan solar di Kedah hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding enam jam di negeri lain.

Sementara itu, JKR Padang Terap/ Pokok Sena dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan jalan bercahaya dalam gelap sedang diuji di Jalan Padan Sanai-Durian Burung (K11), Kedah.

-Berita Harian

Tags: Jalan 'Glow In The Dark Dark'
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Kemaman: PDRM Larang Perarakan Kemenangan

Next Post

Remaja Mengaku Tak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Related Posts

No Content Available
Next Post
Remaja Mengaku Tak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Remaja Mengaku Tak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd