• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Bapa Sepupu, Penganggur Dipenjara 30 Tahun, 12 Sebatan

oleh Mohd Arshad
14/12/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tiada Kenderaan, Mayat Dua Wanita Orang Asli ‘Tersadai’ Di Hospital Lipis
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan keatas seorang penganggur selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh bapa sepupunya di Machang dekat sini, enam tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu pada akhir kes pembelaan dengan memerintahkan tertuduh, Muhammad Azwan Zulkarnai, 26, menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 4 September 2017.

Roslan dalam hujahannya berkata, keputusan itu diputuskan selepas mendengar dan meneliti hujahan oleh kedua-dua pihak selain mengambil kira beberapa faktor.

Menurutnya, faktor yang dipertimbangkan antaranya terdapat gangguan suara yang berterusan dialami tertuduh, latar belakangnya yang tiada bapa selain hanya dibesarkan oleh ibu.

“Saya turut mempertimbangkan kelakuan tertuduh sejak kecil dan senjata yang digunakannya adalah tidak dirancang dan ia ditemui ketika memecah masuk rumah mangsa. Faktor yang terakhir adalah kebergantungan tertuduh kepada dadah.

“Tertuduh kini berusia 26 tahun. Ketika insiden berlaku, tertuduh berusia 20 tahun. Jadi, saya berpendapat tertuduh masih mempunyai peluang untuk mengubah kesalahan yang dilakukan dan hukuman penjara lebih sesuai terhadapnya,” katanya.

Roslan memberitahu, sehubungan itu, mahkamah menetapkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap dan 12 sebatan berdasarkan mitigasi yang dibuat peguam.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Azwan didakwa melakukan pembunuhan terhadap Rosmadi Abdul Aziz, 49, di Kampung Kerilla, Temangan, dekat Machang kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 4 September 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam, Halim Ashgar.

Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) maut selepas ditembak anak sepupunya dalam kejadian di Kampung Kerilla, Temangan dekat Machang, enam tahun lalu.

Rosmadi yang cedera parah pada perut dan dada disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Temangan.

UtusanOnline-

Tags: bunuh bapa sepupudipenjaraPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd