• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Tiket Penerbangan Siswa Diteruskan Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
17/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Zionis Lancar Lebih 1,000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza – Euro-Med
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk meneruskan pemberian bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) tahun depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata ketika ini pihaknya sudah memohon peruntukan bagi melaksanakan inisiatif untuk meringankan beban pelajar untuk bergerak antara wilayah.

Menurutnya, tahun ini seramai 56,000 pelajar menikmati inisiatif itu dan jumlah sama

dijangka akan menerimanya apabila permohonan untuk melanjutkan subsidi itu tahun depan diluluskan.

“Sekarang sudah menghampiri penghujung tahun dan bermakna subsidi tahun ini juga sudah dimanfaatkan oleh 56,000 pelajar.

“Justeru, kerajaan bercadang untuk meneruskan pemberian subsidi pembelian tiket penerbangan itu untuk siswa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Radar di Bawah Projek Penggantian dan Menaiktaraf Sistem Pengurusan Trafik Udara Sabah dan

Sarawak (KKFIR) di Stesen Radar Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia di sini, hari ini.

Hasbi berkata, bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu dinikmati semua pelajar dari Semenanjung yang akan melanjutkan pelajaran di IPT di Sabah dan Sarawak serta pelajar Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung.

Mengenai harga tiket penerbangan antara wilayah yang semakin mahal menjelang musim perayaan dan hujung tahun, Hasbi berkata, ia disebabkan tukaran mata wang yang semakin meningkat selain kenaikan harga bahan api.

“Kerajaan sedang meneliti langkah untuk menangani kenaikan harga tiket penerbangan pada musim perayaan bagi meringankan beban rakyat kita yang bergerak antara wilayah,” katanya.

Mengenai proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh kerajaan Sarawak, beliau berkata, perbincangan masih dijalankan antara Khazanah Nasional, kerajaan Sarawak dan Kementerian Pengangkutan.

“Antara perbincangan itu ialah berkaitan laluan penerbangan serantau kerana sebelum ini MASwings hanya menyediakan perkhidmatan udara luar bandar di Sabah serta Sarawak.

“Keputusan perbincangan itu dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau berkata projek KKFIR dengan peruntukan sebanyak RM183 juta melengkapkan sistem pengawasan radar dan liputan ruang udara secara menyeluruh di Sarawak dan dan Sabah.

Menurutnya, di bawah skop projek KKFIR itu, kerajaan meluluskan kerja menaiktaraf sistem trafik udara dengan pemasangan peralatan trafik udara seperti Primary Surveillance Radar/Secondary Surveillance Radar (PSR/SSR) dan Automatik Defendent Surveillance-Broadcast (ADS-B).

“Projek itu antaranya penggantian radar di Kuching dan Kota Kinabalu, penggantian peralatan komunikasi di Miri, penggantian automasi pengurusan trafik udara di Kuching, Kota Kinabalu, Sibu, Tawau dan Miri,” katanya.

BHonline-

Tags: DiteruskansubsidiTiket Penerbangan Siswa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zionis Lancar Lebih 1,000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza – Euro-Med

Next Post

‘Israel Pembohong, Hamas Tak Pernah Guna Hospital Al-Shifa Sebagai Pangkalan’

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

Next Post
Taikun Tekstil Didakwa Bersubahat Cederakan Bekas Hakim

‘Israel Pembohong, Hamas Tak Pernah Guna Hospital Al-Shifa Sebagai Pangkalan’

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd