• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

oleh Mohd Arshad
20/11/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak membentangkan anggaran cadangan Belanjawan Sarawak 2024 sebanyak RM13.601 bilion dengan peningkatan sebanyak 18 peratus atau RM2.098 bilion.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Belanjawan Negeri 2024 itu merupakan belanjawan terbesar pernah diumumkan oleh kerajaan negeri dan akan terus menjadi bajet pengembangan untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang akan merangsangkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Bajet ini akan meningkatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan daripada RM11.503 bilion pada 2023 kepada RM13.601 bilion pada 2024 iaitu peningkatan sebanyak RM2.098 bilion atau 18 peratus.

“Kerajaan negeri mengunjurkan untuk memungut hasil sebanyak RM12.749 bilion pada 2024. Ini merupakan hasil tertinggi yang pernah diunjurkan serta mencerminkan komitmen kita untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negeri,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, komoditi minyak sawit mentah, petroleum dan gas merupakan penyumbang utama kepada hasil negeri yang harganya ditentukan oleh pasaran global.

“Justeru, Sarawak memilih untuk mengambil pendekatan konservatif dalam menyediakan anggaran hasil 2024. Anggaran hasil negeri diperoleh daripada sumber utama berikut:

“Hasil cukai berjumlah RM5.704 bilion atau 45 peratus daripada jumlah hasil yang dijangkakan pada tahun 2024; RM4.572 bilion daripada Cukai Jualan Negeri di mana RM3.534 bilion daripada minyak mentah, gas asli cecair dan produk petroleum lain.

“RM850 juta daripada minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit mentah; RM80 juta daripada produk aluminium, RM70 juta daripada loteri, RM33 juta daripada produk kayu, manakala baki RM5 juta daripada arang batu; RM600 juta daripada royalti air mentah;

RM290 juta daripada royalti hutan, premium kayu dan tarif; dan RM242 juta daripada royalti perlombongan, sewa tanah dan lain-lain,” katanya.

Selain itu kata Abang Johari, Hasil Bukan Cukai dianggarkan berjumlah RM6.390 bilion atau 50 peratus terutamanya diperoleh daripada RM2.862 bilion daripada pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas; RM2.160 bilion daripada pendapatan dividen; RM698 juta daripada pendapatan faedah.

“RM400 juta daripada premium tanah; RM120 juta daripada pampasan tunai sebagai ganti duti import dan eksais ke atas produk petroleum dan RM150 juta daripada orang lain termasuk lesen, yuran perkhidmatan, permit dan sewa.

“Terimaan Bukan Hasil dijangka berjumlah RM28 juta terutamanya daripada deposit tidak dituntut, lebihan bayaran diperoleh semula, dan pelupusan kenderaan dan Pemberian dan Bayaran Balik Persekutuan dijangka berjumlah RM627 juta.

“Sumbangan hasil bagi sumber ini juga telah dinaikkan berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan kadar Geran Khas sementara bagi Sarawak kepada RM300 juta daripada RM16 juta sebelum ini,” ujarnya.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2024 itu juga Sarawak memperuntukkan RM9.038 bilion untuk tujuan pembangunan.

“Diperuntukkan RM8.915 bilion akan dibiayai oleh dana negeri, manakala RM123 juta melalui pinjaman Persekutuan dan geran boleh bayar balik.

“Bajet ini nanti akan terus menyediakan peruntukan kepada sektor-sektor utama untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan akhirnya menjadikan ekonomi negeri makmur, teguh dan berdaya tahan.

UtusanOnline-

Tags: Belanjawan 2024Sidang DUN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat: Kelantan Boikot Israel Tapi Pakai Mercedes-Benz

Next Post

Agus Tiba Di IPD Kajang Beri Keterangan Isu Video Tular

Related Posts

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

01/12/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin untuk tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Hantar Tentera Ke Palestin, Perlu Tunggu Keputusan PBB – Mohamad Hasan

Menteri Macam ‘Tak Minat’ Dengar Bahas Belanjawan – Hishammuddin Tegur Anggota Kabinet

26/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen daripada blok kerajaan hari ini menegur barisan Menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan yang didakwanya seperti...

Next Post
Agus Tiba Di IPD Kajang Beri Keterangan Isu Video Tular

Agus Tiba Di IPD Kajang Beri Keterangan Isu Video Tular

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd