• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

oleh Mohd Arshad
05/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW: Russia mendakwa berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua yang mampu membawa hulu peledak nuklear dari satu daripada kapal selam dimilikinya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pelancaran peluru berpandu “Bulava”, yang pertama dalam tempoh lebih setahun, dibuat ketika Russia meningkatkan retorik nuklear sejak membatalkan pengesahan perjanjian larangan ujian nuklear utama.

Menurut Kementerian Pertahanan, pelayaran kapal selam peluru berpandu strategik berkuasa nuklear baharu Emperor Alexander the Third berjaya melancarkan peluru berpandu balistik antara benua berasaskan laut Bulava.

Ia berkata, ia melepaskan peluru berpandu bawah laut dari lokasi yang tidak didedahkan di Laut Putih di pantai barat lautnya, ke sasaran beribu-ribu kilometer jauhnya di timur jauh semenanjung Kamchatka.

“Tembakan peluru berpandu berlaku dalam mod biasa dari kedudukan bawah air.

“Kepala peluru berpandu tiba di kawasan yang ditetapkan pada masa yang ditetapkan,” menurut kementerian.

Peluru berpandu Bulava sepanjang 12 meter direka untuk menjadi tulang belakang triad nuklear Moscow dan mempunyai jarak lebih 8,000 kilometer.

Sebelum ini, Barat menuduh Moscow menggunakan retorik nuklear yang melulu sejak ia melancarkan serangan terhadap Ukraine Februari lalu.

Presiden Russia, Vladimir Putin awal minggu ini menandatangani undang-undang yang membatalkan ratifikasi Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Komprehensif Russia, satu langkah yang dikritik hebat oleh Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian 1996 mengharamkan semua letupan nuklear, termasuk ujian langsung senjata nuklear, walaupun ia tidak pernah berkuat kuasa kerana beberapa negara penting termasuk AS dan China tidak pernah meratifikasinya.

BHonline-

Tags: NuklearPeluru Berpandu BalistikRussia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Bom Universiti Al-Azhar Di Gaza

Next Post

10 Ditahan Susulan Kecurian Cip Kasino RM4.6 Juta

Related Posts

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

02/08/2024
0

Petaling Jaya : Presiden Rusia, Vladimir Putin mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bagi membincangkan soal...

Next Post
Russia Lancar Peluru Berpandu Balistik Berkeupayaan Nuklear

10 Ditahan Susulan Kecurian Cip Kasino RM4.6 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd