• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Bikin Pembangkang ‘Naik Angin’

oleh Mohd Arshad
30/11/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Rafizi Bikin Pembangkang ‘Naik Angin’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen pembangkang ‘naik angin’ di Dewan Rakyat hari ini, selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bahawa empat negeri ditadbir pembangkang masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kenyataan itu menyebabkan Dewan kecoh kira-kira 10 minit, selepas beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau), Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) bangkit mempersoalkan kesahihannya.

Terdahulu, Rafizi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai pendirian kerajaan dalam menggalakkan kerjasama rentas negeri termasuk dalam kalangan negeri pembangkang.

“Kalau saya boleh sebutkan, Bachok (Mohd Syahir) jangan marah. Kalau tengok kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, contohnya Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, mereka masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk laksana projek di negeri mereka.

“Saya melihat ia tidak adil kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri lain yang lama tak diberikan peruntukan (oleh kerajaan Persekutuan),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Jawapan Rafizi itu dibidas keras oleh Shahidan yang menyifatkannya sebagai tidak berasas.

“Nilai tanah di Perlis berlainan dengan Selangor, satu ekar (0.3 hektar) tanah di Perlis harganya RM60,000 (sahaja) Jawapan menteri ini tak berfikiran waras.

“Kerajaan Persekutuan ini siapa punya? Ia hak bersama,” katanya.

Bangkangan itu disambut Muhammad Zawawi yang bangkit menyuarakan sokongan terhadap pandangan Shahidan.

Dewan terus hingar-bingar apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mempertahankan jawapan Rafizi.

“Itulah faktanya. Terimalah dengan hati terbuka, jangan pula menyanggah. Terimalah hakikat,” katanya.

Kekecohan berlarutan apabila Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) bangkit mencelah beberapa kali sehingga Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberi kata dua supaya tidak mengganggu Rafizi menjawab soalan.

“Kalau Pendang bangun sekali lagi, Pendang boleh keluar (dari Dewan),” tegasnya sekali gus memaksa Awang akur sebelum suasana Dewan kembali tenang.

BHonline-

Tags: 'Naik Angin'Dewan RakyatRafizi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd