• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM725.7 Juta Untuk Tebatan Banjir Di Dengkil

oleh Mohd Arshad
11/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan RM725.7 Juta Untuk Tebatan Banjir Di Dengkil
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata projek RTB itu dilaksanakan di Sungai Langat Fasa 1 dan Sungai Langat Fasa 2 bagi melindungi kira-kira 120,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya, kedua-dua projek itu menjadi rancangan jangka panjang Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Pada masa ini, Projek RTB Sungai Langat Fasa 1 dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027 manakala RTB Sungai Langat Fasa 2 dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030.

“Ia adalah projek di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT). Bagi tindakan jangka pendek, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di kawasan berkenaan sudah ditingkatkan oleh pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa kawasan yang terkesan banjir serta Pintu Air Sungai Semarang di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, banjir di Jalan Utama Taman Warisan Suria dan Persimpangan FT29/ FT32 di sini pada 5 November lalu berpunca daripada jumlah air kelodak dari kawasan pembangunan, menyebabkan berlaku limpahan dari Sungai Kelinsing.

Justeru, beliau meminta dan mengingatkan semua pemaju supaya mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang dikeluarkan oleh JPS.

“Faktor sistem saliran yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan tidak diselenggara juga turut menyumbang kepada berlakunya banjir di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, projek menaik taraf ban Sungai Parit Tampoi akan disiapkan di bawah projek RTB melalui peruntukan kerajaan Selangor yang bernilai RM9 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 12 Jun 2025.

Dalam kejadian 5 November lalu, beberapa penempatan dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama sejam.

Antaranya Kampung Sungai Buah, Kampung Jenderam Hilir, Kampung Cemperai, Kampung Seri Tanjung, Taman Delima, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Persimpangan FT29/ FT32 dan kuarters Penternakan Ayamas Sdn Bhd di Jalan Utama Taman Warisan Suria.

Dianggarkan 148 rumah terjejas dan seramai 395 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir berkedalaman 0.2 hingga 0.5 meter.

Hujan lebat dengan rekod bacaan 108 milimeter yang berterusan melebihi satu jam di kawasan Hulu Sungai Semenyih dan Hulu Sungai Langat turut menyebabkan paras air Sungai Langat meningkat sehingga 12.21 meter, melepasi paras bahaya iaitu 11 meter pada jam 5.30 pagi hari sama.

Banjir bertambah buruk selepas air Sungai Parit Tampoi di kawasan Kampung Cemperai melimpah akibat arus air yang deras.

-Berita Harian

Tags: Dengkilperuntukantebatan banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

48 Jam Berlalu, DAP Buat Laporan Polis Pada Mastura

Next Post

Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

Related Posts

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

FAS Terima Peruntukan RM10 Juta Setahun

22/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

Next Post
Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

Buli MCKK: Kertas Siasatan Sudah Dirujuk Pejabat Peguam Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd