• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Setuju Jual Air Terawat Kepada Pulau Pinang

oleh AK-47
11/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Perak Setuju Jual Air Terawat Kepada Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

Manjung : Kerajaan Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan antara kedua-dua setiausaha kerajaan negeri berkenaan mencapai kata sepakat, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang memaklumkan sebuah jawatankuasa bersama, sudah ditubuhkan oleh kedua-dua kerajaan negeri untuk mengkaji segala kos.

Katanya, ia sebelum proses memohon peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, utara Perak.

Beliau berkata, projek itu juga akan memanfaatkan rakyat Perak dengan membantu menyelesaikan isu pengairan sektor pertanian di Kerian dan persediaan pembinaan Taman Industri Teknologi Tinggi seluas 400 hektar di daerah sama seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024, Oktober lalu.

“Kerajaan Perak dan Kerajaan Pulau Pinang sudah mencapai kata persetujuan iaitu Perak akan membekalkan air terawat ke Pulau Pinang, bukan air mentah.

“Ia disebabkan yang pertama memang kerajaan negeri sendiri nak memindahkan air ke utara Perak sebab kita nak membantu menyelesaikan masalah pengairan pertanian bagi utara Perak.

“Kedua, apabila Perdana Menteri mengumumkan cadangan penubuhan Taman Industri Teknologi Tinggi di Kerian, bermakna kita perlu juga memberi bekalan air yang mencukupi untuk tujuan perindustrian itu,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program One Stop Center Kesejahteraan Rakyat Negeri Perak, di sini, hari ini.

Saarani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang dilaporkan berkata isu berkaitan bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kini memasuki fasa perbincangan yang positif.

Mengulas mengenai Program One Stop Center Kesejahteraan Rakyat Negeri Perak, Saarani berkata ia bertujuan membasmi kemiskinan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Kita guna istilah pusat sehenti yang mana kesemua agensi terbabit sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri hendaklah berurusan di satu hentian ini sahaja supaya penerima nanti tidak akan dapat bantuan bertindih atau kita salah guna data.

“Data senarai orang miskin daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), data eKasih daripada pelbagai agensi hendaklah disatukan di hentian ini supaya nanti kita dapat memberi bantuan kepada orang yang betul-betul layak,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Air terawatPerakPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd