• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Tambah Warden Asrama Cegah Kes Buli

oleh Mohd Arshad
14/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPM Tambah Warden Asrama Cegah Kes Buli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus sejak 1 Ogos 2022 dengan julat sekurang-kurang tiga orang di sebuah asrama, sebagai langkah mencegah kes buli.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya Fadhlina Sidek, berkata KPM juga mengadakan kempen peningkatan kemahiran kepada warden serta ketua warden dari semasa ke semasa, bersesuaian dengan tugas mereka seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah (MySG).

“Selain itu, kementerian melaksanakan sistem rumah di asrama sebagai antara usaha menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah dan kesejagatan kepimpinan, serta melakukan program sahsiah unggul murid di sekolah menengah.

“Kami telah menjalankan semua program itu, termasuk perkara yang dilaksanakan bawah Garis Panduan Intervensi Buli, di semua institusi KPM,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) berhubung langkah pencegahan yang diambil oleh kementerian supaya kes buli tidak berlaku.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM sentiasa memandang serius mengenai soal kebajikan dan keselamatan murid bawah kementerian itu, termasuk yang berkait isu berkenaan.

Bagi kes buli yang berlaku di sekolah, beliau berkata, mangsa serta pelaku akan dirujuk kepada guru Bimbingan dan Kaunseling untuk sesi kaunseling, selain kementerian turut mempunyai pasukan bagi menangani isu terbabit.

“Guru Bimbingan dan Kaunseling akan melakukan intervensi bersesuaian bagi memastikan intervensi yang berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid, terjaga secara berterusan sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah untuk melindungi mangsa ketika siasatan dilakukan.

“Semua kes buli perlu dirujuk kepada pengetua untuk tindakan lanjut,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai langkah kementerian mencegah masalah kesihatan mental dalam kalangan mangsa buli serta ibu bapa mereka melalui sesi kaunseling dan tempohnya.

Selain itu, beliau berkata, pihak sekolah akan memantau disiplin murid, sementara menunggu proses siasatan atau prosiding mahkamah selesai.

Bernama-

Tags: kes buliKPMWarden Asrama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd