• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Selam Nuklear AS Tiba Di Asia Barat

oleh Mohd Arshad
06/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Yahudi, Zionis Di Dewan Rakyat Diputuskan 2, 3 Hari Lagi – Speaker
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPA: Sebuah kapal selam kelas Ohio milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba di perairan Asia Barat ketika perang yang semakin memuncak ke atas Gaza oleh Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komando Pusat Tentera AS (CENTCOM) yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS), mengesahkan perkara itu dalam hantaran X (dahulunya dikenali Twitter).

Menurut hantaran pada jam 5 pagi waktu Malaysia semalam, sebuah kapal selam kelas Ohio tiba di kawasan di bawah kawal selia Komando Pusat AS.

Kapal selam peluru berpandu berpandu Ohio itu dilengkapi peluru berpandu balistik dan kepala peledak nuklear selain lengkap keupayaan komunikasi canggih.

Sejak konflik yang tercetus 7 Oktober lalu, AS mengerahkan dua kapal pengangkut pesawat ke rantau itu.

Terdahulu, Dewan Perwakilan AS pada minggu lalu meluluskan cadangan Republikan untuk memberikan bantuan ketenteraan berjumlah AS$14.5 bilion (RM67.66 bilion) kepada Israel.

Bantuan itu akan menggunakan dana dipotong daripada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri.

Ini termasuk AS$4 bilion (RM18.66 bilion) untuk memperkasa sistem pertahanan Iron Dome Israel serta sistem pertahanan peluru berpandu Sling David selain peralatan ketenteraan dari AS.

Kapal selam berkuasa nuklear kelas Ohio adalah kapal selam terbesar yang pernah dibina untuk Tentera Laut AS.

Ia kapal selam ketiga terbesar di dunia, selepas kelas Taufan 48,000 tan dan kelas Borei 24,000 tan, kedua-duanya milik Tentera Laut Russia.

Kapal selam kelas Ohio berupaya membawa sama banyak peluru berpandu seperti kelas Borei atau kelas Taufan yang penggunaannya sudah dilupuskan baru-baru ini.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatAsia BaratKapal Selam Nuklear
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

04/11/2025
0

Dah mula dah..... AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Kerjasama Dalam BRICS Laporan Mynewshub Tarikh: 4 November 2025 AS Tegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd