• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.2 Peratus

oleh Mohd Arshad
17/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.2 Peratus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kadar kemiskinan tegar di negara ini, mencatatkan penurunan kepada 0.2 peratus atau hanya 18,445 isi rumah, ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata hasil Survei Pendapatan Isi Rumah (HIES) itu mencatatkan penurunan, berbanding satu peratus pada 2020.

“Data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) pula turut mencatatkan pengurangan dengan jumlah isi rumah miskin tegar adalah 102,888 Ketua Isi Rumah (KIR), sehingga 31 Oktober lalu.

“Angka ini menunjukkan penurunan berbanding 126,556 KIR miskin tegar yang direkodkan melalui data eKasih pada Januari lalu,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai jumlah golongan miskin tegar yang berjaya dinoktahkan serta usaha segera untuk menoktahkan kesemuanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, kerajaan berusaha melaksanakan anjakan besar melalui pensasaran pemberian bantuan kepada golongan sasar yang berkelayakan dan memutuskan untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU), dijangka sedia digunakan secara berperingkat mulai Januari depan.

Beliau berkata, PADU berperanan sebagai pangkalan data komprehensif membantu kerajaan merangka dasar dan program pembangunan, termasuk program sosio-ekonomi serta membasmi kemiskinan secara menyeluruh tanpa pertindihan.

Selain itu, katanya, kerajaan membantu KIR miskin tegar keluar daripada cengkaman kemiskinan melalui beberapa tindakan intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana, bertujuan menoktahkan kemiskinan dengan segera.

“Bagi jangka pendek, pelbagai langkah diambil bagi membantu golongan miskin seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil serta projek pembaikan membabitkan infrastruktur luar bandar dan program pembasmian kemiskinan.

“Langkah turut diambil melalui inisiatif diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang menawarkan barangan serta perkhidmatan mampu bayar kepada pengguna,” katanya.

Mengenai strategi jangka sederhana, beliau berkata, pendapatan rakyat dipertingkatkan melalui program keusahawanan, peningkatan dan latihan kemahiran semula serta penyediaan dasar perlindungan sosial komprehensif.

“Ia termasuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dilaksanakan kementerian, meliputi penyediaan ekosistem lengkap dan bantuan berbentuk barangan kepada peserta bagi menyokong dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan.

“Sehingga kini, kira-kira 4,100 isi rumah sudah mendapat limpahan manfaat hasil daripada pelaksanaan program ini,” katanya.

BHonline-

Tags: kadar kemiskinan tegarmenurun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Lancar Strategi Antirasuah Nasional 2024-2029 Tahun Hadapan – Azam Baki

Next Post

Zionis Lancar Lebih 1,000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza – Euro-Med

Related Posts

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Kepada 85,722 Orang

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Kepada 85,722 Orang

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Keadaan banjir di seluruh negara menunjukkan pengurangan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Mangsa Banjir Di Perak Menurun

Mangsa Banjir Di Perak Menurun

14/12/2022
0

TELUK INTAN: Bilangan mangsa banjir di Perak menurun sedikit kepada 108 orang membabitkan 27 keluarga di daerah Hilir Perak, Manjung...

Next Post
Kadar Kemiskinan Tegar Negara Turun Kepada 0.2 Peratus

Zionis Lancar Lebih 1,000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza - Euro-Med

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd