• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap

oleh Mohd Arshad
26/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif siap sepenuhnya hingga awal bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, 120 projek lagi dalam pembinaan dan baki 187 projek lagi berada dalam pelbagai peringkat prabina.

“KPM komited untuk terus memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif demi manfaatseluruh masyarakat, terutamanya warga sekolah,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.

Kenyataan itu sebagai reaksi teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berkenaan prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

Kenyataan itu turut memaklumkan, KPM sudah mengambil langkah dan tindakan segera bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif diseluruh negara.

Katanya, peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti kini menggunakan skor gred impak (skala 1 hingga 7).

“Ini bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantianbangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6,” katanya.

Pada masa sama, Projek Pembinaan Sekolah Daif juga menjadi salah satu inisiatif yang diberi perhatian Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam(STAR) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.

“Langkah itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan produktiviti sektor awam.

“Di bawah STAR, KPM berusaha menambah baik sertamemantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

“KPM juga menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkatserta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI.

“Langkah proaktif kerajaan telah menunjukkan hasil yang positif,” katanya.

BHonline-

Tags: KPMSekolah Daif
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd