• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Berusia 12 Tahun Antara 16 Ditahan Bekerja Di Bot Nelayan Tempatan

oleh Mohd Arshad
06/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT: Seramai 16 warga asing ditahan manakala 16 keroncong mata pukat tunda yang diharamkan penggunaannya bernilai RM48,000 dirampas dalam operasi bersepadu sekitar perairan Perak, bermula 30 September lalu sehingga semalam.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Kesemua 16 warga asing itu adalah berasal dari Myanmar dan Indonesia berumur lingkungan 12 hingga 49 tahun ditahan kerana bekerja di bot nelayan tempatan tanpa kebenaran dan dokumen perjalanan sah.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, operasi bersepadu dikenali sebagai Op MarDOF selama enam hari itu dilaksanakan antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Perak.

Menurutnya, Op MarDOF turut mendapat kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Lumut.

“Sebanyak 59 pemeriksaan dijalankan di darat dan di laut serta turut berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan di kawasan sektor operasi perairan Perak dengan nilai keseluruhan tangkapan lebih RM1.6 juta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua tangkapan dan rampasan itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, selain operasi di laut dan pemeriksaan di jeti, Op MarDOF kali ini telah ditambah baik dengan pelaksanaan sesi taklimat operasi dan Akta Perikanan 1985 kepada semua anggota terlibat.

Pada masa sama, jelasnya, operasi tersebut turut mengadakan sesi pertemuan atau ‘engagement’ iaitu Kempen Kesedaran Keselamatan di Laut (Preventive SAR) kepada komuniti maritim.

Beliau berkata, operasi itu dilihat sebagai inisiatif kerjasama strategik antara dua agensi tersebut dalam memperkasa kemahiran teknikal penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan kepakaran pengendalian siasatan terutamanya berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kerjasama ini merupakan inisiatif kedua-dua agensi dalam membangunkan keupayaan sumber manusia sejajar dengan tuntutan semasa.

“Ia terutamanya dalam menangani isu-isu melibatkan Akta Perikanan 1985 bagi membanteras aktiviti kesalahan bot tunda Zon A yang sedang berleluasa di perairan Perak,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: Bot Nelayanwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tampar Isteri, Penganggur Dipenjara Enam Bulan

Next Post

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd