KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masing-masing menerima RM19.7 bilion dan RM19 bilion dalam usaha berterusan mempertahan keselamatan, kedaulatan dan keharmonian negara.
Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pada masa ini, sempadan tanah air terancam oleh ganggu-gugat anasir luar dan keselamatan negara diasak dengan isu agama, raja dan kaum yang dijadikan bahan hasutan.
Katanya, benteng sempadan dan perairan negara perlu dipertahankan bagi menjamin keamanan dan keselamatan dalam negara perlu dipelihara bagi mengekalkan keharmonian.
“Bagi tahun hadapan, MINDEF diperuntukkan RM19.7 bilion, meningkat RM2 bilion ringgit ketimbang (berbanding) tahun ini.
“Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula diperuntukkan RM19 bilion, juga bertambah RM500 juta ketimbang tahun ini,” katanya.
-Berita Harian


