• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

oleh Mohd Arshad
03/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima stesen di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101 pagi ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Berdasarkan kemas kini terbaru di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 9 pagi, bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan ialah 156, diikuti di Cheras (154) dan Seremban (142) manakala dua lagi stesen iaitu di Banting, Selangor dan Petaling Jaya, pula masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 109.

Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Antara kawasan yang berada dalam bacaan IPU itu adalah Mentakab, Pahang dengan bacaan 68, Seri Manjung, Perak (67), Tangkak, Johor (82), Mukah, Sarawak (60) dan Keningau, Sabah (58).

Data sama turut menunjukkan hanya tiga kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik dengan bacaan antara 0 hingga 50.

Kawasan terbabit ialah Kimanis, Sabah dan Langkawi di Kedah dengan bacaan masing-masing 50 serta Kangar, Perlis (47).

BHonline-

Tags: bacaan IPUCheraspetaling jaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Hotel

Next Post

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini – KKM

Related Posts

5 Rumah Di Flat Sri Sabah Terbakar

5 Rumah Di Flat Sri Sabah Terbakar

11/02/2024
0

PETALING JAYA – Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras Kuala Lumpur dilaporkan terbakar. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di tepi...

Next Post
Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini - KKM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd