• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ragut Beg Tangan Milik Warga Emas

oleh Mohd Arshad
22/10/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG JAYA – Penganggur berusia 23 tahun terima padah selepas ditahan polis gara-gara meragut beg tangan milik seorang wanita warga emas di belakang pusat beli belah Paragon Taman Muda, di sini, Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada wanita tempatan berusia 67 tahun.

“Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai telah didatangi suspek menaiki motosikal. Suspek kemudiannya meragut bag tangan warna biru di tangan kanan mangsa dan terus melarikan diri.

“Warga emas terbabit mengalami kerugian dua buah telefon bimbit, dokumen peribadi dan wang tunai bernilai RM200 manakala anggaran kerugian keseluruhan adalah RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, suspek yang tidak bekerja itu berjaya ditahan di sebuah rumah sekitar Pandan Indah pada pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

“Hasil daripada penangkapan suspek berusia 23 tahun itu, kita turut merampas dua telefon bimbit jenama Samsung milik mangsa yang diragut.

“Modus operandi suspek adalah melakukan samun ragut beg mangsa menggunakan motosikal secara berseorangan dan hasil samun telah habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah.

“Suspek juga telah melakukan beberapa siri ragut beg di daerah Ampang dan Cheras,” jelasnya.

Tambahnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai sebanyak lapan rekod lampau dan satu kes dadah yang masih lagi dikehendaki selain suspek juga positif dadah.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Kosmo-

Tags: Penganggurragut begwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kurikulum Baharu 2027: KPM Mulakan Jelajah Pendidikan

Next Post

Perang Israel-Palestin: Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Next Post
Perang Israel-Palestin: Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat

Perang Israel-Palestin: Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd