• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Dakwa Lesen Beras Bernas Ditarik Balik Palsu

oleh AK-47
12/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
12
Mesej Dakwa Lesen Beras Bernas Ditarik Balik Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan konsesi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang telah dipersetujui selama 10 tahun bermula 11 Jan 2021 hingga 10 Jan 2031.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Dalam satu kenyataan, KPKM menafikan dakwaan penarikan balik lesen beras Bernas yang tular di aplikasi WhatsApp hari ini, KPKM memaklumkan aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Pihak kementerian menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej palsu berkenaan dan perbuatan menyebarkan mesej palsu ini perlu dihentikan,” menurut kenyataan KPKM itu.

Pada 3 Dis 2020, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan konsesi Bernas bagi pengedaran beras di negara ini untuk tempoh 10 tahun lagi bermula 11 Jan 2021, selepas konsesi terdahulu tamat pada 10 Jan 2021.

Pelanjutan konsesi itu turut melibatkan penambahbaikan terma baharu dan penambahan bilangan obligasi sosial daripada lima kepada 10, antaranya memelihara, menyelenggara, mengurus dan mengekalkan stok penimbal beras negara pada paras kuantiti ditetapkan kerajaan; bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani serta pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani.

Mengenai dakwaan penguatkuasaan tidak dijalankan, KPKM berkata Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (OP BPT) sedang berjalan dan sehingga kini dua kilang telah disita dan disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Op BPT mula dilaksanakan pada 16 Ogos lepas, dengan diketuai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Operasi yang memberi fokus kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap kilang padi komersial dan pemborong beras itu melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi antaranya Kawalselia Padi dan Beras, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Polis Diraja Malaysia.

-Malaysia Kini

Tags: Lesen Beras Bernaspalsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd