• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

oleh Mohd Arshad
31/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka dan mewujudkan bidang pengajian baharu, termasuk bidang ekonomi, kesejahteraan dan kelestarian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengembangan dan pelebaran ufuk ilmu mesti menjadi agenda nasional yang kalis politik.

“Malah, membangunkan suatu ekosistem pendidikan tinggi yang bertaraf global harus menjadi usaha berterusan. Kita mahu meletakkan Malaysia sebagai negara yang mengangkat dan menghormati ilmu,” katanya pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke-15 di sini, malam tadi.

Ucapan beliau dibacakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan berharap ahli akademik tempatan akan memainkan peranan menjadi peneraju akal dan pemikiran bangsa, terutama dalam menggerakkan Gagasan Malaysia Madani sebagai satu etos nasional yang menyeru kepada kebaikan.

Secara peribadi, beliau akui dan berbangga dengan sumbangan ilmu oleh ahli akademik yang tidak terhad kepada sumbangan dalam ruang lingkup tempatan saja.

“Ada pensyarah kita yang sudah biasa menjadi sarjana awam yang berkongsi ilmu, pengetahuan dan kepakaran mereka di pentas antarabangsa dan dengan negara luar.

“Memandangkan kita sedang berhadapan dengan arus zaman yang mencabar ini, harus wujud kesedaran bahawa kebanyakan masalah yang kita hadapi hari ini sebenarnya saling berkait,” katanya.

Justeru itu, beliau menuntut langkah serentak di pelbagai bidang dan sektor, di mana langkah itu perlu diawali dengan ilmu serta pengetahuan yang sentiasa ditambah baik dalam kalangan ahli akademik.

Dalam pada itu, Anwar berkata, era yang sedang dihadapi negara kini sarat dengan cabaran dan kekacauan, malah pegangan dan keterujaan terhadap ilmu dan kesarjanaan turut terhakis secara radikal.

“Ketaasuban dan pemikiran yang sempit, ideologi yang berpaksikan pada kemewahan material, prinsip yang tidak konsisten, semua ini terus merumitkan keadaan.

“Itu belum lagi kita melihat semua ini dalam lensa global yang menyaksikan pelbagai pertembungan. Pertembungan blok perdagangan, krisis alam sekitar, peperangan dan konflik yang berpanjangan,” katanya.

Semua ini, kata beliau, memberi tempias yang besar kepada negara sekaligus menuntut menuntut ahli akademik untuk menebalkan rasa tanggungjawab kepada agenda pembinaan bangsa dan aspirasi nasional.

“Bukan saja kepada pengembangan ilmu dan penyelidikan dalam bidang atau disiplin yang dikuasai. Ahli akademik harus gigih menguruskan segala kekacauan dan perubahan yang sedang dan akan berlaku bersama-sama dengan kerajaan dan pemimpin.

“Kita mesti bersama-sama mencari ikhtiar paling baik dan paling berkesan untuk menghasilkan dapatan ilmu dan pengetahuan yang berupaya meraikan daya usaha serta daya cipta rakyat tempatan ke arah kemajuan sosial serta budaya yang lestari.

“Apatah lagi dengan segala kelebihan teknologi dan kerancakan gelombang digital. Saya percaya, semua itu membawa kelebihan dan potensi yang boleh diadun untuk memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mohamed Khaled NordinIPTMajlis Anugerah Akademik Negara ke-15Menteri Pengajian Tinggi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Adeeba Dinobat Sebagai Tokoh Akademik Negara

Next Post

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Related Posts

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

16/11/2024
0

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan...

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

Cabaran AI, Pendidikan IPT Perlu Dikemas Kini Ikut Perkembangan Semasa

22/08/2024
0

TAPAH - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memastikan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk...

Next Post
Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd