• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Termasuk CEO Syarikat GLC Didakwa Subahat Terima Rasuah RM350,000

oleh Mohd Arshad
24/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Termasuk CEO Syarikat GLC Didakwa Subahat Terima Rasuah RM350,000
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan menerima suapan bernilai RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat dilantik melakukan kerja-kerja menaiktaraf di Kompleks Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, tertuduh iaitu CEO berkenaan, Mohd. Zamry Sulaiman, 52, dan seorang lagi tertuduh yang bekerja sendiri, Anuar Md. Isa, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zamry didakwa telah bersubahat dengan Anuar iaitu secara rasuah menerima suatu suapan wang berjumlah RM250,000 dan RM100,000 daripada seorang individu lelaki.

Ia sebagai upah untuk membantu sebuah syarikat dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaiktaraf sistem mekanikal dan Elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi Tetuan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Senawang, Seremban pada 1 Jun dan 11 Oktober 2022.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan terhadap Anuar pula, di lokasi dan tarikh sama dia didakwa secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM350,000 melalui cek daripada individu sama dalam akaun bank miliknya sebagai upah bagi membantu syarikat berkenaan bagi tujuan sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan.

Pihak pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Fatin Farhana Ismail.

Mohd Zamry pula diwakili peguam, A.Ashok dan V.Muniandy manakala Anuar diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork dan kes disebut semula pada 12 Disember depan.

Kosmo-

Tags: DidakwarasuahSyarikat GLC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

Albert Tei Hadapi 4 Tuduhan Beri Suapan RM176,829.03 Kepada Shamsul Iskandar

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap empat tuduhan memberi suapan RM176,829.03...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd