• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2024: Kerajaan Lanjut Pengecualian Cukai Kepada Wanita Kembali Bekerja

oleh Mohd Arshad
13/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belanjawan 2024: Kerajaan Lanjut Pengecualian Cukai Kepada Wanita Kembali Bekerja
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai salah satu usaha menggalakkan golongan wanita agar kembali bekerja.

“Kerajaan berharap penyertaan wanita dalam tenaga buruh ditingkatkan kepada 60 peratus.

“Bagi terus menggalakkan wanita kembali bekerja, galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2024, hari ini.

Selain itu, kerajaan akan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS akan menerima peruntukkan sebanyak RM586 juta, tahun hadapan.

“Sebanyak 10 TABIKA dan TASKA baharu dengan kos RM31 juta akan dibina. Antaranya, di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor.

“Sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS.

“Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM82 juta di bawah Kementerian Pendidikan bagi membina 26 pra sekolah baharu,” katanya.

Ini termasuklah pembinaan bangunan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Simunjan, Sarawak; Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, Pahang; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chabau, Melaka.

“Penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran akan terus diperkasakan sejak awal usia.

“Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz KEMAS dengan peruntukan RM20 juta ringgit dengan sasaran untuk melahirkan 100 ribu hufaz cilik menjelang 2026,” katanya.

Sementara itu, kerajaan turut memperuntukkan RM10 juta bagi menyediakan pusat penempatan sementara untuk kanak-kanak dan tidak lagi menempatkan mereka di pusat tahanan Imigresen.

“Pusat tahanan Imigresen bukan tempat untuk kanak-kanak. Kita tidak perlu rujuk kepada konvensyen antarabangsa supaya kita sedar perihal itu.

“Cukuplah dengan secebis ihsan di sudut hati. Kerajaan memperintis program Baitul Mahabbah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menyediakan penempatan sementara buat kanak-kanak.

“Program ini akan dilaksanakan tahun depan dan diperluaskan ke tiga lagi pusat penempatan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Belanjawan 2024pengecualian cukaiWanita Kembali Bekerja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Dapat Bayaran Insentif Awal RM2,000

Next Post

RM19.7 Bilion Untuk MINDEF, RM19 Bilion Untuk KDN

Related Posts

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

01/12/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin untuk tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

20/11/2023
0

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak membentangkan anggaran cadangan Belanjawan Sarawak 2024 sebanyak RM13.601 bilion dengan peningkatan sebanyak 18 peratus atau RM2.098...

Next Post
Belanjawan 2024: RM96J Dana Sokongan, RM150J Biaya Program Transformasi Bas Henti-Henti

RM19.7 Bilion Untuk MINDEF, RM19 Bilion Untuk KDN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd